Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Lycium barbarum (Beri goji)

Benefits of Goji berry
[zeno_font_resizer]
Lycium barbarum (Beri goji)

Lycium barbarum, juga dikenali sebagai beri goji atau wolfberry, adalah beri merah yang tumbuh pada pokok renek malar hijau yang berasal dari China, Mongolia dan Himalaya 1. Ia telah digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina (TCM) selama lebih dari 2,000 tahun dan penggunaan pertamanya direkodkan sekitar 200 SM di Shen Nong Ben Cao Jing 1,2. Ia juga disenaraikan dalam Kompendium Materia Medica, merupakan farmakopoeia penting yang ditulis dalam TCM. Dalam TCM, Lycium barbarum telah digunakan bagi menyuburkan hati dan buah pinggang, dan mencerahkan mata. Penggunaan beri goji untuk tempoh masa yang lama bermanfaat dalam menguatkan badan dan memanjangkan umur 1,2.

Fakta Nutrisi

Beri goji mempunyai sumber vitamin dan mineral yang baik. Kajian melaporkan bahawa terdapat riboflavin, tiamina, asid nikotinik, Vitamin C, Vitamin A dan mineral seperti kuprum, magnesium, mangan, zat besi, kalsium, zink dan selenium dalam beri goji 3,4. Komponen bioaktif Lycium barbarum adalah Polisakarida Lycium barbarum (LBPs), karotenoid (zeaxanthin dan β-karoten), betaina dan fenolik 2,3. Komponen bioaktif ini adalah berkaitan dengan manfaat kesihatan dari Lycium barbarum.

Manfaat Kesihatan

1. Penglihatan

Kandungan karotenoid, terutamanya zeaxanthin pada Lycium barbarum meningkatkan kesihatan mata dan mencegah kehilangan penglihatan akibat degenerasi makula berkaitan usia. Beri goji meningkatkan ketajaman penglihatan dengan melindungi mata daripada kerosakan cahaya pada piramid retina, lapisan sel rod, lapisan nuklear luar dan epitelium berpigmen retina 1,2,3.

2. Kolesterol

Kajian menunjukkan bahawa Lycium barbarum mengurangkan jumlah kolesterol dan tahap trigliserida, dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kolesterol-lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL-C) dalam kalangan pesakit hiperlipidaemia atau kencing manis 1.

3. Kawalan kadar gula dalam darah

Polisakarida Lycium barbarum (LBP) berpotensi menurunkan kadar gula dalam darah dengan meningkatkan sensitiviti insulin, serta meningkatkan penyerapan glukosa dalam sel dan meningkatkan penghasilan insulin oleh pankreas 2.

4. Imuniti

Lycium barbarum mengandungi kadar antioksidan yang tinggi seperti LBP, Flavonoid, Selenium, Vitamin A, C dan E. Antioksidan didapati boleh melawan radikal bebas yang berbahaya dan memperkuat daya tahan tubuh badan daripada jangkitan bakteria dan virus.

5. Kanser

Komponen bioaktif yang terdapat dalam Lycium barbarum mempunyai aktiviti pro-apoptotik dan antiproliferatif terhadap sel kanser. Aktiviti antikanser dalam Lycium barbarum adalah disebabkan oleh keupayaan meningkatkan antioksidan yang membatasi pertumbuhan tumor dan mengurangkan tahap sitokin dalam darah yang mengakibatkan keradangan 1,2,3.

6. Kesihatan hati

Antioksidan dalam Lycium barbarum mampu menyingkirkan radikal bebas daripada hati, mengurangkan aktiviti alanine aminotransferase (ALT) dan aspartate transaminase (AST), biomarker bagi kerosakan hati 1,3. Beri goji membantu mengekalkan kesihatan hati dan mencegah perkembangan penyakit hati berlemak akibat alkohol.

7. Kesihatan kulit dan anti-penuaan

Antioksidan seperti LBP, betaina, zeaxanthin, β-karotin, selenium dan Vitamin C terbukti mempunyai kesan pencegahan terhadap penuaan kulit, kedutan dan kerosakan kolagen yang disebabkan oleh sinaran ultraviolet B (UVB). Karotenoid seperti beta-karoten, zeaxanthin, lutein, lycopene, cryptoxanthin boleh mengurangkan radang kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. Kewujudan mineral dan asid amino dalam beri goji memberikan tindakan yang berbeza dalam keanjalan dan kelembapan kulit 3,4.

8. Kesihatan lelaki

Kajian menunjukkan bahawa LBP dapat meningkatkan fungsi seksual dengan meningkatkan kadar hormon serta kuantiti dan kualiti sperma 2.

Rujukan:

1. Kulczyński, B., & Gramza-Michałowska, A. (2016). Goji berry (Lycium barbarum): composition and health effects – a review. Polish Journal of Food and Nutrition Sciences, 66(2), 67-75. doi: 10.1515/pjfns-2015-0040

2. Bucheli, P., Gao, Q., Redgwell, R., Vidal, K., Wang, J., & Zhang, W. (2011). Biomolecular and clinical aspects of chinese wolfberry. Oxidative Stress and Disease, 289-314. doi:10.1201/b10787-15. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK92756/

3. Gao, Y., Wei, Y., Wang, Y., Gao, F., & Chen, Z. (2017). Lycium barbarum: a traditional chinese herb and a promising anti-aging agent. Aging and disease, 8(6), 778. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29344416/

4. Suvd-Erden, B., Junru, W., & Gokul, G. (2019). Medicinal value of wolfberry (Lycium barbarum L.). Journal of Medicinal Plants Studies, 7(4), 90-9. https://www.plantsjournal.com/archives/2019/vol7issue4/PartB/7-3-24-473.pdf

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0