Pandangan Kami
Organisasi yang tidak berasaskan keuntungan atau badan amal kebajikan yang ditubuhkan untuk membantu komuniti yang memerlukan (misalnya, anak yatim, warga emas tanpa tempat tinggal dan golongan yang menghadapi cabaran fizikal, mental dan sosial) bergantung kepada sokongan orang ramai.
Namun, lazimnya, pertubuhan-pertubuhan ini menghadapi kesulitan dalam mendapatkan sumbangan untuk membiayai operasi dan perbelanjaan harian mereka. Hal ini timbul biasanya kerana sukar untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat dan ketelusan dalam menguruskan kewangan.
Penderma seringkali bimbang sumbangan mereka mungkin tidak digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan dan komuniti yang memerlukan tidak mendapat manfaat sepenuhnya daripada sumbangan mereka.