Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Pusat Suplemen YesHealth

SYARAT PENGEMBALIAN

Terakhir dikemas kini, 01 April 2021

Terima kasih atas pembelian anda. Kami berharap anda puas hati dengan pembelian ini. Walau bagaimanapun, jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian ini atas pelbagai sebab, anda boleh memulangkan semula kepada pihak kami untuk tujuan bayaran balik atau pertukaran. Sila lihat di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar pembelian kami.

Pengembalian

Semua pengembalian mestilah ditandakan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pembelian. Semua barang yang dikembalikan mestilah dalam keadaan baru dan tidak digunakan, dengan semua label asal yang dilampirkan.

Proses Pengembalian

Bagi tujuan pengembalian barang, anda perlu hantar e-mel kepada pihak perkhidmatan pelanggan di [email protected] bagi mendapatkan nombor Return Merchandise Authorization (RMA). Setelah anda menerima nombor RMA tersebut, letakkan barang di dalam bungkusan asal, dan kirimkan berdasarkan alamat yang berikut:

Yes Health Sdn Bhd

Attn: Pengembalian

Unit A-07-2, Level 3, Blok A, No.1, Jalan Zuhal U5/178, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Sila maklum bahawa, anda bertanggungjawab untuk semua kos penghantaran balik. Kami amat menggalakkan anda untuk menggunakan kaedah yang dapat dikesan bagi menghantar barang pengembalian anda.

Bayaran Balik

Setelah menerima barang pengembalian dan memeriksa keadaan barang anda, kami akan memproses pengembalian atau pertukaran dengan segera. Anda dikehendaki untuk menunggu sekurang-kurangnya tujuh (7) hari daripada hari penerimaan barang anda bagi memproses pengembalian atau pertukaran. Kami akan memberitahu anda melalui e-mel apabila pengembalian anda telah diproses.

Pengecualian

Bagi produk yang rosak dan terjejas, anda boleh menghubungi nombor pihak perkhidmatan pelanggan di bawah bagi tujuan pembayaran balik atau pengembalian.

Sila Maklum

  • Barang jualan adalah MUKTAMAD dan tidak dapat dikembalikan.
Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dasar pengembalian kami, anda boleh hubungi kami di talian:

Telefon: +60378597755 , E-mel : [email protected]

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0