Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Withania somnifera (Ashwagandha)

Benefits of Ashwagandha
[zeno_font_resizer]
Withania somnifera (Ashwagandha)

Withania somnifera, juga dikenali sebagai Ashwagandha, ginseng India dan ceri musim sejuk 1. Nama Ashwagandha dalam Sanskrit menerangkan tentang bau akarnya, yang bermaksud “seperti kuda”. Withania somnifera, pula merupakan jenis Solanaceae, adalah pokok renek malar hijau yang tumbuh di India, Timur Tengah dan sebahagian Afrika 1. Bunganya adalah hijau atau kuning, menghasilkan buah globosa merah ketika matang 1. Nama “somnifera” dalam bahasa Latin bermaksud “pendorong tidur”, yang dikaitkan penggunaannya sebagai ubat untuk mengatasi tekanan. Withania somnifera adalah salah satu komponen herba dalam perubatan Ayurveda. Secara tradisionalnya, ia digunakan untuk meningkatkan semangat kecergasan, daya tahan, kekuatan dan untuk menenangkan fikiran 1.

Fakta Nutrisi

Daun dan akar Withania somnifera digunakan terutamanya untuk perubatan. Komponen biokimia yang dikenalpasti dalam Withania somnifera adalah alkaloids dan steroidal lactones. Komponen biokimia yang menyumbang kepada ciri-ciri perubatan adalah withanolide A, withanolide D, withaferin A dan withaniamides 1,2.

Manfaat Kesihatan

1. Anti-radang

Withania somnifera mempunyai sifat anti-radang yang kuat dan ia terbukti berkesan dalam merawat penyakit artritis, termasuk rheumatoid artritis 1,2,3.

2. Melegakan tekanan dan kebimbangan

Akar Withania somnifera digunakan secara meluas dalam Ayurveda bagi merawat kebimbangan dan depresi. Withania somnifera adalah bagus bagi golongan yang mengalami tekanan, kerana ia memberikan kesan ketenangan dengan menghalang kenaikan tahap kortisol, yang merupakan hormon bagi tekanan 2,4.

3. Kawalan kadar gula dalam darah

Withania somnifera telah terbukti dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Ia meningkatkan penghasilan insulin dan meningkatkan tahap sensitiviti insulin dalam sel otot 4.

4. Kesihatan jantung

Withania somnifera boleh meningkatkan kesihatan jantung dengan mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida 3,4.

5. Kanser

Komponen bioaktif Withania somnifera seperti Withaferin A, Withanolide D&E adalah berkesan dalam merawat apoptosis, yang boleh mengakibatkan kematian sel kanser. Kajian menunjukkan bahawa ia boleh membantu dalam merawat beberapa jenis kanser termasuk payudara, paru-paru, usus besar dan prostat 2,3,4.

6. Memelihara fungsi otak

Withania somnifera menggalakkan aktiviti antioksidan yang boleh melindungi sel saraf daripada radikal bebas berbahaya dan menggalakkan pertumbuhan sel saraf, serta membantu dalam meningkatkan fungsi sel otak. Enzim antioksidan bersama dengan withanamides, juga menunjukkan kesan perlindungan terhadap β-amyloid- pendorong plak bagi penyakit Alzheimer 1,4.

Rujukan:

1. John, J. (2014). Therapeutic potential of Withania somnifera:  A report on phyto-pharmacological properties. Int J Pharm Sci Res, 5(6), 2131-48. doi: 10.13040/IJPSR.0975-8232

2. Uddin, Q., Samiulla, L., Singh, V. K., & Jamil, S. S. (2012). Phytochemical and pharmacological profile of Withania somnifera dunal: A review. Journal of Applied Pharmaceutical Science, 2, 170–175.

3. Gavande, K., Jain, K., Jain, B., & Mehta, R. (2015). Comprehensive report on phytochemistry and pharmacological prominence of Withania somnifera. UK J Pharm Biosci, 3(2), 15.

4. Kumar, V., Dey, A., Hadimani, M. B., Marcovic, T., & Emerald, M. (2015). Chemistry and pharmacology of Withania somnifera: An update. Humanitas Med, 5(1), 1.1-1.13.

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0