Boswellia serrata (Sallaki)
Boswellia serrata (Sallaki)
Boswellia serrata tergolong dalam jenis Burseraceae. Ia merupakan pokok bercabang yang bersaiz sederhana sehingga besar, tumbuh di Arab Selatan, Afrika Selatan dan India 1. Boswellia serrata, juga dikenali sebagai Indian Olibanum atau Indian Frankincense, adalah salah satu tanaman purba dan herba paling bernilai dalam Ayurveda 1. Resin gam dikeluarkan daripada kulit kayu dan mempunyai warna putih kekuning-kuningan serta mempunyai bau balsam dan rasa pahit. Dalam perubatan Ayurveda dan Unani, gam Boswellia serrata berkesan dalam merawat artritis, cirit-birit, kurap, bisul, demam, sakit tekak, asma dan buasir 1,2.
Fakta Nutrisi
Resin gam Boswellia serrata mengandungi monoterpene, diterpene, triterpene, minyak pati, sterols, tannins dan asid pentasiklik (asid boswellic). Resin Boswellia serrata terdiri daripada asid boswellic, yang berperanan dalam memberi faedah farmakologi 1,2.
Manfaat Kesihatan
1. Artritis
Arthritis adalah pembengkakan dan kelembutan pada satu atau beberapa sendi. Ekstrak Boswellia serrata telah terbukti dalam mengurangkan keradangan dan pembengkakan sendi bagi penyakit osteoartritis dan rheumatoid artritis. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi fizikal 2.
2. Asma / Lelah
Asid boswellic boleh mengurangkan keradangan pada saluran udara dan menghalang tindak balas alahan dan hiperesponsif, serta memperbaiki gejala dan simptom lelah 2,3.
3. Kolestrol
Ekstrak Boswellia serrata mengurangkan jumlah kolesterol dan trigliserida, dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) 2.
4. Kawalan kadar gula dalam darah
Gam resin Boswellia serrata meningkatkan kawalan glisemik dan menurunkan kadar gula dalam darah serta HbA1c bagi kencing manis jenis 2,3.
5. Kanser
Boswellia serrata menunjukkan ciri-ciri anti-kanser bagi beberapa jenis sel kanser termasuk prostat, usus besar, leukosit (sel darah putih), otak dan hati. Ia menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan angiogenesis (pertumbuhan saluran darah baru pada tumor), serta apoptosis sel 2.
Rujukan:
1. Siddiqui, M. Z. (2011). Boswellia serrata, a potential anti-inflammatory agent: an overview. Indian J Pharm Sci, 73(3), 255-261. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22457547/
2. Dhaneshwar, S. S. (2019). An update on pharmacological profile of boswellia serrata. Asian Journal of Pharmaceutical and Clinical Research, 49-56. doi: 10.22159/ajpcr.2019.v12i5.31260
3. Upaganlawar, A. & Ghule, B. (2009). Pharmacological activities of Boswellia serrata Roxb. – mini review. Ethnobotanical Leaflets, 766-774. https://www.researchgate.net/publication/200126782_Pharmacological_Activities_of_Boswellia_serrata_Rox