Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Camellia sinensis (Teh Hijau)

Benefits of green tea
[zeno_font_resizer]
Camellia sinensis (Teh Hijau)

Camellia sinensis, juga dikenali sebagai teh, merupakan minuman yang paling popular di seluruh dunia. Camellia sinensis merupakan jenis Theaceae, yang berasal dari Asia Tenggara, dan kini mula ditanam di Sri Lanka dan Jepun. Teh boleh diklasifikasikan kepada warna hijau, putih, kuning, oolong dan hitam bergantung kepada proses ia dihasilkan 1. Teknik pemprosesan memainkan peranan yang penting dalam membentuk ciri Camellia sinensis. Sebagai contoh, teh hijau diambil daripada daun Camellia sinensis yang matang dan diproses sebelum berlakunya oksidasi. Teh putih pula dikeringkan dan mengandungi kadar antioksida yang tinggi, manakala teh hitam pula melalui proses pengoksidaan sepenuhnya dan amat popular di negara Barat 1.

Fakta Nutrisi

Camellia sinensis mengandungi vitamin dan mineral seperti vitamin B, C, E, kalsium, magnesium, kromium, zat besi, kuprum, zink, selenium, mangan, natrium, fosforus, kalium, fluorin, strontium dan molibdenum 2. Daun teh segar kaya dengan polifenol, serta flavonol yang juga dikenali sebagai catechins 2. Camellia sinensis juga mengandungi alkaloid seperti kafein, teobromin dan teofilina yang boleh membangkitkan deria rasa 1,2.

Manfaat Kesihatan

1. Mengawal berat badan

Ekstrak Camellia sinensis seperti kafein dan epigallocatechin (EGCG) boleh meningkatkan metabolisma dan mengurangkan berat badan 1,2. Teh putih dan teh hijau kedua-duanya berkesan untuk membakar lemak kerana mempunyai jumlah kafein dan catechin yang sama 1.

2. Kesihatan jantung

Ciri antioksidan yang terdapat pada polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Polifenol berfungsi untuk melegakan salur darah, mengurangkan radang pada pembuluh darah dan melancarkan pengaliran darah ke jantung 3. Polifenol juga dapat mengurangkan kolesterol jahat (LDL) daripada teroksida dan menghalang penyimpan lemak di hati 1,3.

3. Kanser

Camellia sinensis mempunyai antioksidan yang tinggi seperti polifenol, catechins dan EGCG yang boleh melindungi daripada kanser 3. Kajian menunjukkan Camellia sinensis mempunyai kesan anti-kanser terhadap penyakit seperti kanser paru-paru, payudara, prostat, pundi kencing dan kulit 3,4.

4. Imuniti

EGCG dalam ekstrak daun Camellia sinensis mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-virus yang boleh meningkatkan sistem imun disamping melawan jangkitan kuman 3.

5. Kawalan kadar gula dalam darah

EGCG yang didapati dalam Camellia sinensis boleh mempengaruhi aktiviti insulin3. EGCG juga mempunyai ciri-ciri antioksidan yang dapat mengurangkan ketahanan insulin dengan mengurangkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat 3,5.

6. Kesihatan kulit

Ekstrak daun teh hijau berupaya melindungi kulit daripada kesan UV dan keradangan 6. Teh hijau juga berkesan dalam meningkatkan kelembapan struktur kulit. Esktrak Camellia sinensis dalam teh putih pula mempunyai nilai antioksidan tinggi yang dapat memberi kesan kulit yang sihat berseri.

7. Penyakit Alzheimer dan Parkinson

Polifenol catechin dalam Camellia sinensis mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan 1,7. Ia dapat mengurangkan tekanan oksidatif dan radang otak, disamping berupaya melindungi sel otak daripada penyakit Alzheimer dan Parkinson 7.

Rujukan:

1. Zhang, L., Ho, C., Zhou, J., Santos, J. S., Armstrong, L., & Granato, D. (2019). Chemistry and Biological Activities of Processed Camellia sinensis Teas: A Comprehensive Review. Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety, 18(5), 1474-1495. doi: 10.1111/1541-4337.12479

2. Chacko, S. M., Thambi, P. T., Kuttan, R., & Nishigaki, I. (2010). Beneficial Effects of Green Tea: A Literature Review. Chinese medicine5, 13. https://doi.org/10.1186/1749-8546-5-13

3. Aboulwafa, M. M., Youssef, F. S., Gad, H. A., Altyar, A. E., Al-Azizi, M. M., & Ashour, M. L. (2019). A Comprehensive Insight on the Health Benefits and Phytoconstituents of Camellia sinensis and Recent Approaches for Its Quality Control. Antioxidants (Basel, Switzerland)8(10), 455. https://doi.org/10.3390/antiox8100455

4. Chopade, V., Phatak, A., Upaganlawar, A., & Tankar, A.A. (2008). Green tea (Camellia sinensis): Chemistry, Traditional, Medicinal uses and its Pharmacological activities- A Review. Pharmacognosy Reviews, 2, 157.

5. Park, J. H., Bae, J. H., Im, S. S., & Song, D. K. (2014). Green tea and type 2 diabetes. Integrative medicine research3(1), 4–10. https://doi.org/10.1016/j.imr.2013.12.002

6. Rhodes, L. E., Darby, G., Massey, K. A., Clarke, K. A., Dew, T. P., Farrar, M. D., Bennett, S., Watson, R. E., Williamson, G., & Nicolaou, A. (2013). Oral green tea catechin metabolites are incorporated into human skin and protect against UV radiation-induced cutaneous inflammation in association with reduced production of pro-inflammatory eicosanoid 12-hydroxyeicosatetraenoic acid. The British journal of nutrition110(5), 891–900. https://doi.org/10.1017/S0007114512006071

7. Kakutani, S., Watanabe, H., & Murayama, N. (2019). Green Tea Intake and Risks for Dementia, Alzheimer’s Disease, Mild Cognitive Impairment, and Cognitive Impairment: A Systematic Review. Nutrients11(5), 1165. https://doi.org/10.3390/nu11051165

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0