Helianthus annuus (Bunga Matahari)
Helianthus annuus (Bunga Matahari)
Helianthus annuus, juga dikenali sebagai bunga matahari, merupakan jenis Asteraceae yang berasal dari Amerika Utara 1. Ladang bunga matahari yang luas ditanam secara komersial di seluruh dunia, dan bijinya dituai sebagai makanan dan juga bagi tujuan perubatan. Biji matahari boleh digunakan sebagai snek, topping untuk salad, sapuan mentega, dan minyaknya boleh digunakan sebagai minyak dapur serbaguna.
Biji matahari dan pucuk memiliki aktiviti antioksidan, anti-radang, anti-hipertensif dan antimikrob 1,2. Ia telah digunakan dalam merawat beberapa penyakit seperti batuk kokol, jangkitan di larinks dan paru-paru 1,2.
Fakta Nutrisi
Biji matahari kaya dengan protein, asid lemak poli tak tepu, vitamin E, kuprum, folat, zat besi, zink, flavonoids dan lain-lain. Manakala minyak biji matahari pula kaya dengan sumber asid lemak penting. Ia mengandungi empat asid lemak yang penting iaitu palmitik, stearik, oleik, dan linoleik..
Manfaat Kesihatan
1. Kesihatan jantung
Biji dan minyak matahari kaya dengan vitamin E dan fitosterol, membantu mengurangkan risiko kardiovaskular dengan mengurangkan jumlah kolesterol dan tahap kolesterol LDL 3.
2. Antioksidan
Biji matahari kaya dengan antioksidan. Antioksidan ini berfungsi dalam melindungi sel badan daripada kerosakan radikal bebas dan mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik 3.
3. Mengawal berat badan
Biji matahari merupakan sumber protein dan serat yang baik yang dapat memberikan rasa kenyang dan mengawal kelaparan. Ekstrak minyak biji matahari mengandungi asid klorogenik yang boleh mengurangkan berat badan dan lemak viseral dengan menghalang penyerapan lemak 4.
4. Kesihatan kulit
Biji matahari mengandungi vitamin E dan asid lemak penting seperti asid linoleik, oleik dan palmitik yang boleh melembapkan kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin, yang dapat menjadikan kulit lebih licin dan lembut 5.
Rujukan:
1. Guo, S., Ge, Y., & Na Jom, K. (2017). A review of phytochemistry, metabolite changes, and medicinal uses of the common sunflower seed and sprouts (Helianthus annuus L.). Chemistry Central Journal, 11(1), 95. https://doi.org/10.1186/s13065-017-0328-7
2. Bashir, T. (2015). Chemistry, pharmacology and ethnomedicinal uses of helianthus annuus (sunflower): A review. Pure and Applied Biology, 4(2), 226-235. doi: 10.19045/bspab.2015.42011
3. Adeleke, B. S., & Babalola, O. O. (2020). Oilseed crop sunflower (Helianthus annuus) as a source of food: Nutritional and health benefits. Food Science & Nutrition. doi: 10.1002/fsn3.1783
4. Leverrier, A., Daguet, D., Calame, W., Dhoye, P., & Kodimule, S. P. (2019). Helianthus annuus Seed Extract Affects Weight and Body Composition of Healthy Obese Adults during 12 Weeks of Consumption: A Randomized, Double-Blind, Placebo-Controlled Pilot Study. Nutrients, 11(5), 1080. doi: 10.3390/nu11051080
5. Stoia, M., & Oancea, S. (2015). Selected Evidence-Based Health Benefits of Topically Applied Sunflower Oil. Applied Science Reports, 10(1).doi: 10.15192/pscp.asr.2015.10.1.4549