Lepidium Meyenii (Maca)
Lepidium Meyenii (Maca)
Lepidium Meyenii, merupakan nama saintifik bagi pokok maca, yang juga dikenali sebagai ginseng Peru. Maca kebiasaannya ditemui di kawasan pergunungan Andes di Peru. Secara faktanya, penduduk Andean telah menanam maca selama lebih 2000 tahun. Ia merupakan salah satu tumbuhan yang boleh dimakan yang dapat menahan keadaan cuaca yang teruk di kawasan pergunungan Andes dengan ketinggian yang melebihi 4000 meter 1. Ia merupakan penawar semula jadi yang digunakan oleh penduduk Andean bagi merawat pelbagai penyakit, seperti masalah pernafasan dan penyakit reumatik 2. Akar pokok maca sering digunakan kerana ia mengandungi serat, asid amino, vitamin, dan juga mineral. Antara komponen bioaktif yang terdapat di dalam maca adalah termasuk macamides, macaridine, alkaloid, dan glucosinolates 1.
Manfaat Kesihatan
1. Meningkatkan kesuburan
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen maca didapati boleh meningkatkan kepekatan sperma, atau bilangan sperma bagi setiap mililiter air mani. Hal ini menunjukkan maca mempunyai ciri yang dapat meningkatkan kesuburan bagi lelaki 3.
2. Meningkatkan keinginan seksual
- Kajian yang dijalankan terhadap 45 orang wanita yang mengalami disfungsi seksual yang disebabkan oleh ubat anti-kemurungan mendapati bahawa pengambilan akar maca sebanyak 3000mg setiap hari selama 12 minggu dapat meningkatkan fungsi dan keinginan seksual secara signifikan berbanding dengan plasebo 4.
- Kajian lama yang telah dijalankan pada tahun 2002 mendapati bahawa lelaki yang mengambil 1.5 atau 3g maca setiap hari mempunyai keinginan seksual yang lebih tinggi daripada mereka yang menerima plasebo 5.
3. Baik untuk tenaga and emosi
- Salah satu sebab bagi mereka yang gemar mengambil maca adalah kerana mereka ingin meningkatkan tenaga tanpa pengambilan kafein. Satu kajian kecil yang dijalankan terhadap 175 orang pula menemui terdapat kaitan antara maca dan juga tenaga. Mereka yang mengambil maca sebanyak 3g selama 12 minggu dilaporkan mempunyai tenaga yang lebih banyak daripada mereka yang tidak mengambil maca 6.
- Kajian yang telah dijalankan pada tahun 2014 pula mendapati bahawa terdapat kaitan antara pengambilan maca selama 6 minggu dan peningkatan tahap dopamin, di mana ia berupaya mengurangkan masalah kemurungan 7.
4. Melegakan simptom menopaus
Berdasarkan beberapa kajian, maca dapat memberikan manfaat terhadap wanita yang mengalami menopaus dengan melegakan simptom seperti rasa panas dan juga tidur yang terganggu 8.
Rujukan:
- da Silva Leitão Peres, N. et al. (2020) “Medicinal effects of Peruvian Maca (lepidium meyenii): A Review,” Food & Function, 11(1), pp. 83–92. Available at: https://doi.org/10.1039/c9fo02732g.
- Beharry, S. and Heinrich, M. (2018) “Is the hype around the reproductive health claims of maca (Lepidium Meyenii Walp.) justified?,” Journal of Ethnopharmacology, 211, pp. 126–170. Available at: https://doi.org/10.1016/j.jep.2017.08.003.
- Melnikovova, I. et al. (2015) “Effect oflepidium meyeniiwalp. on semen parameters and serum hormone levels in healthy adult men: A double-blind, randomized, placebo-controlled pilot study,” Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, 2015, pp. 1–6. Available at: https://doi.org/10.1155/2015/324369.
- Dording, C.M. et al. (2015) “A double-blind placebo-controlled trial of maca root as treatment for antidepressant-induced sexual dysfunction in women,” Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, 2015, pp. 1–9. Available at: https://doi.org/10.1155/2015/949036.
- Gonzales, G.F. et al. (2002) “Effect of lepidium meyenii (MACA) on sexual desire and its absent relationship with serum testosterone levels in adult healthy men,” Andrologia, 34(6), pp. 367–372. Available at: https://doi.org/10.1046/j.1439-0272.2002.00519.x.
- Gonzales-Arimborgo, C. et al. (2016) “Acceptability, safety, and efficacy of oral administration of extracts of black or red maca (lepidium meyenii) in adult human subjects: A randomized, double-blind, placebo-controlled study,” Pharmaceuticals, 9(3), p. 49. Available at: https://doi.org/10.3390/ph9030049.
- Ai, Z. et al. (2014) “Antidepressant-like behavioral, anatomical, and biochemical effects of petroleum ether extract from maca (lepidium meyenii) in mice exposed to chronic unpredictable mild stress,” Journal of Medicinal Food, 17(5), pp. 535–542. Available at: https://doi.org/10.1089/jmf.2013.2950.
- Ross, K. (2021) “Nutritional management of surgically induced menopause: A case report,” Women’s Health, 17, p. 174550652110314. Available at: https://doi.org/10.1177/17455065211031492.