Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Lutein and Zeaxanthin

Benfits of Lutein & Zeaxanthin
[zeno_font_resizer]
Lutein and Zeaxanthin

Lutein adalah karotenoid xanthophyll, struktur isomernya termasuk zeaxanthin dan meso-zeaxanthin 1. Kedua-dua nama tersebut melambangkan warna kuning semula jadi (perkataan Latin ‘luteus’ dan Greek ‘xanthos’ memberikan maksud kuning). Lutein dan zeaxanthin yang berada di pasaran kebanyakannya diekstrak daripada bunga marigold (Tagetes erecta) 2,3. Kedua-duanya juga boleh didapati daripada sayur-sayuran berdaun hijau (sebagai contoh; kale, bayam, dan pucuk Brussels), jagung manis, kuning telur dan buah-buahan seperti avokado dan kiwi 1.

Lutein kebiasaannya wujud dalam bentuk ester lutein pada tumbuhan, yang boleh dihidrolisis menjadi lutein bebas dalam tubuh manusia. Ester lutein umumnya kurang sensitif terhadap degradasi daripada lutein bebas dan mempunyai bioavailabiliti yang sama seperti lutein bebas 3,4. Lutein dan zeaxanthin tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu mereka perlu didapati melalui makanan atau suplemen.

Fakta Menarik

Karotenoid ini adalah tinggi kepekatannya dalam mata manusia dan otak, merangkumi 80% hingga 90% 1. Kedua-duanya adalah karotenoid eksklusif pada retina saraf dan kanta. Kedua-dua carotenoid ini tidak mempunyai aktiviti vitamin A seperti provitamin A karotenoid (sebagai contoh; α-karoten, ß-karoten dan ß-kriptoxantin) 1.

Manfaat Kesihatan

1. Kesihatan Mata

  • Lutein dan zeaxanthin merupakan antioksidan yang kuat dan paling banyak dijumpai dalam makula (bahagian utama retina), ia membantu menyerap cahaya biru dan membantu mengurangkan kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh cahaya yang berbahaya 5,6.
  • Kajian mendapati suplemen lutein dan zeaxanthin boleh meningkatkan ketajaman penglihatan dan kepekaan kontras yang dipengaruhi oleh faktor penuaan atau penyakit 1.
  • Karotenoid ini juga membantu melindungi mata daripada degenerasi makula berkaitan usia, katarak nuklear, glaukoma dan retinopati diabetik 5,6.

2. Memelihara fungsi otak

  • Lutein dan zeaxanthin dapat meningkatkan kelajuan pemprosesan visual dan motor visual 1,7. Kajian mendapati suplemen lutein dapat meningkatkan beberapa fungsi kognitif seperti kefasihan lisan, skor ingatan dan pembelajaran yang cekap secara signifikannya bagi golongan warga emas 5. Kajian in-vitro juga menunjukkan manfaat lutein berpotensi dalam melindungi daripada penyakit Alzheimer 5.

3. Kesihatan jantung

  • Kajian telah membuktikan suplemen lutein boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL dan trigliserida secara signifikan 5.
  • Pengambilan lutein yang tinggi juga menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok 5.

4. Kesihatan kulit

  • Lutein dan zeaxanthin mempunyai tindakan photoprotektif dan ciri antioksidan yang kuat yang boleh mengurangkan pigmentasi, mencerahkan kulit dan memperbaiki keadaan kesihatan kulit 8.
Dos Harian Yang Disarankan

Dos lutein yang disarankan adalah 5-20mg/hari, manakala zeaxanthin adalah 1-4mg/hari. Institut Mata Nasional AS menyokong nisbah lutein:zeaxanthin adalah 5:1 bagi memberi manfaat kepada kesihatan mata 9.

Rujukan:

1. Mares, J. (2016). Lutein and Zeaxanthin Isomers in Eye Health and Disease. Annu Rev Nutr, 36, 571-602. doi: 10.1146/annurev-nutr-071715-051110

2. Šivel, M., Kráčmar, S., Fišera M Klejdus, B., & Kubáň, V. (2014). Lutein Content in Marigold Flower (Tagetes Erecta L.) Concentrates Used For Production of Food Supplements. Czech Journal Of Food Sciences, 32(6), 521-525. doi: 10.17221/104/2014-cjfs

3. Gombač, Z., Črnivec, I., Skrt, M., Istenič, K., Knafelj, A. K., Pravst, I., & Ulrih, N. P. (2021). Stabilisation of Lutein and Lutein Esters with Polyoxyethylene Sorbitan Monooleate, Medium-Chain Triglyceride Oil and Lecithin. Foods (Basel, Switzerland), 10(3), 500. https://doi.org/10.3390/foods10030500

4. Bowen, P. E., Herbst-Espinosa, S. M., Hussain, E. A., & Stacewicz-Sapuntzakis, M. (2002). Esterification does not impair lutein bioavailability in humans. The Journal of nutrition, 132(12), 3668–3673. https://doi.org/10.1093/jn/132.12.3668

5. Buscemi, S., Corleo, D., Di Pace, F., Petroni, M. L., Satriano, A., & Marchesini, G. (2018). The Effect of Lutein on Eye and Extra-Eye Health. Nutrients, 10(9), 1321. https://doi.org/10.3390/nu10091321

6. Li, L. H., Lee, J. C., Leung, H. H., Lam, W. C., Fu, Z., & Lo, A. (2020). Lutein Supplementation for Eye Diseases. Nutrients, 12(6), 1721. https://doi.org/10.3390/nu12061721

7. Bovier, E. R., Renzi, L. M., Hammond, B. R (2014). A Double-Blind, Placebo-Controlled Study on the Effects of Lutein and Zeaxanthin on Neural Processing Speed and Efficiency. PLoS ONE, 9(9): e108178. doi: 10.1371/journal.pone.0108178

8. Juturu, V., Bowman, J. P., & Deshpande, J. (2016). Overall skin tone and skin-lightening-improving effects with oral supplementation of lutein and zeaxanthin isomers: a double-blind, placebo-controlled clinical trial. Clinical, cosmetic and investigational dermatology, 9, 325–332. https://doi.org/10.2147/CCID.S115519

9. AREDS2 Research Group, Chew, E. Y., Clemons, T., SanGiovanni, J. P., Danis, R., Domalpally, A., McBee, W., Sperduto, R., & Ferris, F. L. (2012). The Age-Related Eye Disease Study 2 (AREDS2): study design and baseline characteristics (AREDS2 report number 1). Ophthalmology, 119(11), 2282–2289. https://doi.org/10.1016/j.ophtha.2012.05.027

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0