Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Nigella sativa (Habbatus sauda)

Benefits of black seed
[zeno_font_resizer]
Nigella sativa (Habbatus sauda)

Nigella sativa adalah tanaman berbunga tahunan yang tumbuh di negara-negara yang bersempadan dengan Laut Mediterranean, Pakistan dan India 1. Pokok ini dikenali dengan pelbagai nama, seperti jintan hitam, biji caraway hitam, shonaiz, kalajira, habbatus sawda dan habatul baraka 2. Biji Nigella sativa, kebiasaannya dikenali sebagai biji hitam, telah digunakan secara tradisional di negara Timur Tengah dan Timur Jauh bagi merawat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan, sistem pencernaan, sistem kardiovaskular, sistem imun, buah pinggang dan fungsi hati 1,2. Avicenna merujuk kepada biji hitam dalam “The Canon of Medicine”, kerana biji ini boleh merangsang tenaga badan dan membantu dalam memulihkan diri dari keletihan dan kurang tenaga 1.

Fakta Nutrisi

Nigella sativa adalah sumber nutrien dan mineral yang baik. Ia juga penuh dengan unsur-unsur seperti Asid Amino, Saponin, Serat Kasar, Crytalline Nigellone, Kalsium, Mangan, Kuprum, Zat Besi, Fosforus, Kalium, Selenium, Biotin dan Magnesium 1,2. Kebanyakan aktiviti farmakologi dikaitkan dengan kandungan quinone dalam biji. Thymoquinone adalah kandungan aktif utama minyak volatil dalam biji hitam. Banyak kajian telah dijalankan bagi memahami aktiviti farmakologi biji ini seperti rangsangan imun, anti-radang, anti-kanser, antioksidan, anti-parasit, kesan hipokolesterolemik dan kesan hipoglysemia 1,2,3.

Manfaat Kesihatan

1. Kanser

Nigella sativa kaya dengan antioksidan, yang membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya yang menyumbang kepada perkembangan penyakit seperti kanser. Thymoquinone mempunyai ciri anti-kanser yang memberangsangkan bagi kanser paru-paru, pankreas, prostat, payudara, serviks, kulit dan kolon 1,2.

2. Kesihatan hati

Thymoquinone merupakan komponen bioaktif utama dalam Nigella sativa yang melindungi hati kerana ciri antioksidan dan anti-radang yang ada pada biji tersebut. Ia juga mengurangkan lemak yang terkumpul dalam hati dan mencegah fibrosis hati 1,2.

3. Imuniti

Nigella sativa menguatkan sistem imun dengan meningkatkan sel pembunuh semula jadi untuk melawan jangkitan virus 2,3. Nigella sativa juga adalah antibakteria semula jadi, dengan beberapa kajian menunjukkan ia dapat mengurangkan Salmonella dan bakteria lain yang tahan terhadap antibiotik 2.

4. Alahan / Simptom Asma

Komponen bioaktif Nigella sativa – Thymoquinone dan Nigellone mempunyai ciri antihistamin. Kajian menunjukkan bagi mereka yang mempunyai resdung dan alahan rhinitis yang mengambil Nigella sativa telah berkurang simptom nafas tersumbat, hidung berair dan gatal serta bersin. Kajian juga menunjukkan melalui pengambilan esktrak biji hitam ini dapat mengurangkan batuk, mengah serta meningkatkan fungsi paru-paru bagi penghidap lelah 1,2.

5. Kawalan kadar gula dalam darah

Nigella sativa melancarkan aktiviti enzim pada hati yang berkaitan dengan metabolisme glukosa dan mengurangkan penghasilan glukosa dalam badan, serta mengurangkan kadar glukosa ketika berpuasa. Thymoquinone membantu dalam pemeliharaan dan pertumbuhan sel beta pankreas, serta menurunkan rintangan insulin dan hemoglobin glikosilasi (HbA1c) 1,2,3.

6. Kesihatan jantung

Thymoquinone menurunkan jumlah kolesterol, kolesterol jahat (LDL), dan trigliserida, manakala meningkatkan kepekatan kolesterol baik (HDL) 2. Ia juga menurunkan tekanan darah bagi pesakit darah tinggi yang sederhana 3.

7. Kesan gastroprotektif

Thymoquinone mempunyai mekanisme gastroprotektif yang boleh mengurangkan aktiviti enzim gastrik dan menghalang penghasilan asid. Ini dapat membantu dalam melindungi lapisan perut daripada terjadinya ulser 1,3.

8. Ekzema dan Psoriasis

Komponen bioaktif utama dalam Nigella sativa – Thymol, Thymoquinone, Thymohydroquinone dan Asid Laurik mempunyai ciri antioksidan dan anti-radang yang baik, yang dapat membantu mengurangkan keradangan, kegatalan kulit bagi ekzema dan pesakit psoriasis. Komponen ini membantu dalam memulihkan masalah kulit, mengurangkan kerosakan tisu serta melawan jangkitan virus, bakteria dan kulat 1,2.

Rujukan:

1. Ahmad, A., Husain, A., Mujeeb, M., Khan, S. H., Najmi, A. K., Siddique, N. A,, Damanhouri, Z. A & Anwar, F. (2013). A review on therapeutic potential of Nigella sativa: A miracle herb. Asian Pac J Trop Biomed, 3(5), 337-352. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3642442/

2. Islam, M. T., Guha, B., Hosen, S., et al. (2017). Nigellalogy: a review on Nigella sativa. MOJ Bioequiv Availab, 3(6), 167-181. https://medcraveonline.com/MOJBB/nigellalogy-a-review-on-nigella-sativa.html

3. Kooti, W., Hasanzadeh-Noohi, Z., Sharafi-Ahvazi, N., Asadi-Samani, M., & Ashtary-Larky, D. (2016). Phytochemistry, pharmacology, and therapeutic uses of black seed (Nigella sativa). Chinese journal of natural medicines, 14(10), 732–745. https://doi.org/10.1016/S1875-5364(16)30088-7 

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0