Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Stevia rebaudiana (Stevia)

Benefits of stevia
[zeno_font_resizer]
Stevia rebaudiana (Stevia)

Stevia rebaudiana (Bertoni) adalah tumbuhan bertahunan kecil daripada jenis Asteraceae yang berasal dari Paraguay, Brazil dan Argentina. Daunnya telah digunakan sejak berabad dalam perubatan dan sebagai pemanis minuman seperti maté, teh herba hijau. Ahli botani yang bernama Moises Santiago Bertoni adalah manusia pertama yang menjumpai tanaman ini pada tahun 1887. Pada tahun 1931, dua ahli kimia Perancis telah mengenal pasti stevioside, steviol glikosida utama yang memberikan rasa manis daripada daun stevia, yang boleh menjadi 250 hingga 300 kali lebih manis berbanding sukrosa 1. Tanaman stevia kini secara komersialnya ditanam di Argentina, Brazil, Columbia, Paraguay, China, Jepun, Malaysia, Korea Selatan, Vietnam, Israel, Australia, Kenya dan Amerika Syarikat 2.

Fakta Nutrisi

Daun stevia mempunyai elemen penting yang baik yang terdapat pada daun stevia segar dan juga daun kering seperti kalsium, kalium, magnesium, zat besi, kuprum, mangan, zink dan natrium. Selain itu, ia juga kaya dengan protein, serat, vitamin, asid fenolik dan antioksidan 5. Tumbuhan stevia juga mengandungi 11 steviol glikosida utama di mana yang paling banyak didapati adalah rebaudioside A dan stevioside 1.

Manfaat Kesihatan

1. Kawalan kadar gula dalam darah

Kajian menunjukkan bahawa tiada pengumpulan stevia (atau hasil sampingan stevia) di dalam badan semasa metabolisme berlaku kerana penyerapan yang lemah dalam saluran pencernaan. Hal ini menyumbang kepada fakta bahawa stevia mempunyai sifar kalori dan tidak meningkatkan glukosa dalam darah apabila dicerna 1.

2. Kesihatan gigi

Stevia digunakan secara meluas dalam ubat gigi. Ia mempunyai ciri antimikrob dan boleh mengurangkan peluang untuk mendapat palak sebanyak 60%, serta membantu mencegah karies gigi 5.

3. Mengawal berat badan

Stevia mempunyai kesan menyekat selera makan yang membantu mengurangkan pengambilan kalori setiap hari. Ia adalah ‘pemanis tanpa kalori’ yang memenuhi rasa kemanisan tanpa keburukan akibat daripada kalori yang berlebihan 6.

4. Mengawal tekanan darah

Glikosida tertentu dalam stevia didapati dapat melebarkan saluran darah, meningkatkan perkumuhan sodium dalam air kencing yang boleh membantu dalam mengurangkan tekanan darah 3. Beberapa kajian mencadangkan bahawa stevia mungkin mempunyai tindakan kardiotonik yang membantu tahap tekanan darah kembali normal dan mengawal degupan jantung 4.

5. Kanser

Stevia mempunyai sebatian antioksidan yang dikenali sebagai kaempferol yang boleh mengurangkan risiko kanser pankreas sebanyak 23% 7.

Rujukan:

1. Ashwell, M. (2015). Stevia, Nature’s Zero-Calorie Sustainable Sweetener. Nutrition Today, 50(3), 129-134. https://doi.org/10.1097/nt.0000000000000094

2. Samuel, P., Ayoob, K. T., Magnuson, B. A., Wolwer-Rieck, U., Jeppesen, P. B., Rogers, P. J., Rowland, I. & Matthews, R. (2018). Stevia leaf to stevia sweetener: Exploring its science, benefits and future potential. The Journal of Nutrition, 148 (7): 1186-1205. https://doi.org/10.1093/jn/nxy102

3. Herbst, M. (2021). Fact Sheet on the Sugar Substitute Stevia. Retrieved 21 October 2021, from https://cansa.org.za/files/2021/05/Fact-Sheet-on-the-Sugar-Substitute-Stevia-May-2021.pdf

4. Chughtai, M. F. J., Pasha, I., Zahoor, T., Khaliq, A., Ahsan, S., Wu, Z., Nadeem, M., Mehmood, T., Amir, R. M., Yasmin, I., Liaqat, A. & Tanweer, S. (2020). Nutritional and therapeutic perspectives of Stevia rebaudiana as emerging sweetener; a way forward for sweetener industry. Journal of Food, 18 (1): 164-177. https://doi.org/10.1080/19476337.2020.1721562

5. Gandhi, S., Gat, Y., Arya, S., Kumar, V., Panghal, A. & Kumar, A. (2018). Natural sweeteners: health benefits of stevia. Foods and Raw Materials, 6 (2): 392-402. https://doi.org/10.21603/2308-4057-2018-2-392-402

6. Elnaga, N. I. E. A., Massoud, M. I., Yousef, M. I. & Mohamed, H. H. A. (2016). Effect of stevia sweetener consumption as non-caloric sweetening on body weight gain andbiochemical’s parameters in overweight female rats. Annals of Agriculture Science, 61 (1): 155-163. https://doi.org/10.1016/j.aoas.2015.11.008

7. Lee, J., & Kim, J. H. (2016). Kaempferol Inhibits Pancreatic Cancer Cell Growth and Migration through the Blockade of EGFR-Related Pathway In Vitro. PloS one, 11(5), e0155264. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0155264

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0