Taraxacum officinale ( Dandelion)
Taraxacum officinale ( Dandelion)
Taraxacum officinale, yang juga dikenali sebagai Dandelion, adalah tanaman tahunan yang mempunyai bunga kuning yang tumbuh daripada batang susu berongga dengan daun berbentuk gergaji. Taraxacum officinale juga kaya sumber mikronutrien dengan beberapa faedah terapeutik, serta mempunyai sejarah dalam perubatan tradisional dalam merawat penyakit hati, pundi kencing dan masalah buah pinggang 1. Taraxacum officinale telah disebutkan dalam China Compendium of Materia Medica. Ia juga ada disebutkan dalam United States National Formulary, British Herbal Pharmacopoeia dan German Pharmacopoeia Codex.
Fakta Nutrisi
Taraxacum officinale adalah tumbuhan yang sangat berkhasiat. Ia kaya dengan sumber vitamin dan mineral dan mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti-radang. Komponen bioaktif seperti Taraxasterol, Taraxerol, Asid Klorogenik dan Lakton Sesquiterpene 1,2,3. Vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin C, vitamin K, vitamin B Kompleks, Kalsium, Magnesium, Kalium, Zink, Zat Besi, Inulin, Lutein, Lesitin, Pektin 2.
Manfaat Kesihatan
1. Kesihatan hati
Taraxacum officinale meningkatkan pengeluaran hempedu, yang penting untuk pencernaan lemak, serta membantu dalam proses detoksifikasi hati 1.
2. Mengawal tekanan darah
Dandelion boleh menurunkan tekanan darah kerana kesan diuretik dan kandungan kalium 1.
3. Kolesterol dan Trigliserida
Beberapa komponen bioaktif dalam Taraxacum officinale telah terbukti dapat menurunkan kolesterol LDL dan tahap trigliserida serta meningkatkan serum kolesterol HDL 4.
4. Kawalan kadar gula dalam darah
Asid chicoric dan asid klorogenik adalah dua komponen bioaktif dalam dandelion yang boleh meningkatkan penghasilan insulin dan meningkatkan pengambilan glukosa oleh tisu otot 1,3.
5. Anti-radang
Ciri-ciri anti-radang pada akar Taraxacum officinale telah menunjukkan hasil yang memberansangkan dalam menurunkan keradangan dalam badan 1.
6. Antioksidan
Taraxacum officinale mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi seperti polifenol, beta-karotin di mana boleh memberi perlindungan terhadap kerosakan sel dan tekanan oksidatif 1,2.
7. Kesihatan sistem pencernaan
Inulin mengandungi fruktooligosakarida (FOS) yang boleh membantu pertumbuhan bakteria yang sihat dalam saluran usus anda. Taraxacum officinale juga kaya dengan asid klorogenik yang dapat meningkatkan fungsi beberapa enzim yang penting untuk pencernaan 1.
8. Imuniti
Para penyelidik telah membuktikan bahawa Taraxacum officinale mempunyai kedua-dua ciri antivirus dan antibakteria 1,2.
Rujukan:
1. Fatima, T., Bashir, O., Naseer, B., & Hussain, S. (2018). Dandelion : Phytochemistry and clinical potential. Journal of Medicinal Plant Studies, 6(2), 198-202.
2. Sa`id, A., Mustapha, H., Mashi, J., Muhammad, Y., Abubakar, S., & Gadanya, A. (2018). Nutritional and Pharmacological potential of ETHANOL Leaves extract of Taraxacum officinale. Asian Journal of Biological Sciences, 12(1), 1-8. doi:10.3923/ajbs.2019.1.8
3. Wirngo FE, Lambert MN, Jeppesen PB. (2016). The Physiological Effects of Dandelion (Taraxacum Officinale) in Type 2 Diabetes. Rev Diabet Stud. 13(2-3):113-131. doi:10.1900/RDS.2016.13.113
4. Mahboubi, M., & Mahboubi, M. (2020). Hepatoprotection by dandelion (taraxacum OFFICINALE) and mechanisms. Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine, 10(1), 1. doi:10.4103/2221-1691.273081