Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Vitamin C

Benefits of Vitamin C
[zeno_font_resizer]
Vitamin C

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan ia tidak disimpan di dalam badan, bermakna badan anda tidak boleh menghasilkannya. Ia diperoleh daripada pemakanan dan/atau suplemen. Vitamin C terdapat dalam buah-buahan sitrus, beri, kentang, tomato, lada, kobis, kobis Brussels, brokoli dan bayam 1.

Kebanyakan orang boleh mendapatkan vitamin C yang mencukupi daripada pemakanan yang sihat. Manakala golongan seperti perokok, pesakit yang mengalami keadaan gastrousus atau kanser tertentu, dan individu yang mempunyai pemakanan yang terhad lebih cenderung untuk mengalami kekurangan vitamin C 1.

Manfaat Kesihatan

Imuniti

Vitamin C menggalakkan pengeluaran dan keberkesanan sel darah putih serta melindunginya daripada kerosakan oleh molekul yang berbahaya, seperti radikal bebas 2. Ia juga bertindak sebagai antioksidan bagi menguatkan sistem pertahanan kulit 3.

2. Memelihara penglihatan

Vitamin C boleh melindungi mata daripada radikal bebas berbahaya dan membantu mencegah perkembangan degenerasi makula berkaitan usia (AMD) 4.

3. Pertumbuhan dan pembaikan tisu

Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C dapat menyembuhkan luka dan membentuk tisu parut dengan lebih cepat 5. Ia membantu pembentukan protein penting yang dijumpai pada kulit, tendon, ligamen, dan saluran darah 5.

4. Mencegah kekurangan zat besi

Vitamin C meningkatkan penyerapan sumber zat besi berasaskan tumbuhan, yang bermanfaat untuk orang yang mengamalkan pemakanan tanpa daging 6.

5. Kesihatan jantung

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C dapat menurunkan tekanan darah bagi golongan dewasa yang sihat dan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi. Vitamin C bertindak sebagai diuretik untuk mengeluarkan cecair berlebihan dari badan yang membantu menurunkan tekanan dalam salur darah 7.

6. Penyakit kronik

Vitamin C adalah antioksidan kuat yang dapat meningkatkan kadar antioksidan dalam darah, serta membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung 8.

7. Memori dan kemahiran berfikir

Kadar pengambilan vitamin C yang tinggi menunjukkan kesan perlindungan terhadap kemahiran berfikir dan daya ingatan seiring dengan usia 9.

Dos Harian Yang Disarankan

Dos harian vitamin C yang disarankan adalah 90mg bagi lelaki dewasa dan 75mg wanita dewasa. Bagi perokok, dos vitamin C ini perlu ditambah sebanyak 35mg lagi 10.

Rujukan:

1. Vitamin C. (2020). Retrieved 24 September 2021, from https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-vitamin-c/art-20363932

2. Huijskens, M., Walczak, M., Koller, N., Briedé, J., Senden-Gijsbers, B., & Schnijderberg, M. et al. (2014). Technical Advance: Ascorbic acid induces development of double-positive T cells from human hematopoietic stem cells in the absence of stromal cells. Journal Of Leukocyte Biology, 96(6), 1165-1175. doi: 10.1189/jlb.1ta0214-121rr

3. Fuchs, J., & Kern, H. (1998). Modulation of UV-light-induced skin inflammation by d-alpha-tocopherol and l-ascorbic acid: a clinical study using solar simulated radiation. Free Radical Biology And Medicine, 25(9), 1006-1012. doi: 10.1016/s0891-5849(98)00132-4

4. Age-Related Eye Disease Study Research Group (2001). A randomized, placebo-controlled, clinical trial of high-dose supplementation with vitamins C and E, beta carotene, and zinc for age-related macular degeneration and vision loss: AREDS report no. 8. Archives of ophthalmology (Chicago, Ill. : 1960), 119(10), 1417–1436. doi: 10.1001/archopht.119.10.1417

5. Desneves, K., Todorovic, B., Cassar, A., & Cr17owe, T. (2005). Treatment with supplementary arginine, vitamin C and zinc in patients with pressure ulcers: A randomised controlled trial. Clinical Nutrition, 24(6), 979-987. doi: 10.1016/j.clnu.2005.06.011

6. Hurrell, R., & Egli, I. (2010). Iron bioavailability and dietary reference values. The American Journal Of Clinical Nutrition, 91(5), 1461S-1467S. doi: 10.3945/ajcn.2010.28674f

7. Juraschek, S. P., Guallar, E., Appel, L. J., & Miller, E. R., 3rd (2012). Effects of vitamin C supplementation on blood pressure: a meta-analysis of randomized controlled trials. The American journal of clinical nutrition, 95(5), 1079–1088. doi: 10.3945/ajcn.111.027995

8. Kim, M. K., Sasazuki, S., Sasaki, S., Okubo, S., Hayashi, M., & Tsugane, S. (2003). Effect of five-year supplementation of vitamin C on serum vitamin C concentration and consumption of vegetables and fruits in middle-aged Japanese: a randomized controlled trial. Journal of the American College of Nutrition, 22(3), 208–216. doi: 10.1080/07315724.2003.10719295

9. Paleologos, M., Cumming, R. G., & Lazarus, R. (1998). Cohort study of vitamin C intake and cognitive impairment. American journal of epidemiology, 148(1), 45–50. doi: 10.1093/oxfordjournals.aje.a009559

10. Office of Dietary Supplements – Vitamin C. (2021). Retrieved 27 September 2021, from https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminC-Consumer/

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0