Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Minyak Ikan

Benefits of fish oil
[zeno_font_resizer]
Minyak Ikan

Minyak ikan kaya dengan sumber asid lemak omega-3, kumpulan lemak poli tak tepu yang merangkumi terutamanya asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) 1. Kedua-dua asid lemak omega-3 ini ditukar menjadi molekul isyarat yang dipanggil eikosanoid, yang telah menunjukkan penurunan keradangan dalam badan 2. Kandungan omega-3 pada ikan biasa adalah sangat rendah, tetapi tinggi bagi ikan di kawasan laut dalam dan sejuk seperti ikan bilis, salmon dan sardin. Oleh itu, kebanyakan produk minyak ikan yang berada di pasaran telah menggunakan ikan laut dalam bagi mengekstrak omega-3 untuk dijadikan suplemen kerana ia telah digunakan secara klinikal bagi rawatan penyakit metabolik, jantung, keradangan dan autoimun 3.

Fakta Nutrisi

Walaupun minyak ikan mengandungi EPA dan DHA, tetapi omega-3 tidak disintesis oleh ikan. Sebaliknya, omega-3 yang didapati di dalam tisu adalah terkumpul daripada makanan ikan seperti fitoplankton dan mikroalga. Dos minyak ikan kebiasaannya adalah 1000 mg, yang memberikan kandungan omega-3 sebanyak 300 mg (180 mg EPA dan 120 mg DHA), namun dos yang ada adalah berbeza-beza mengikut kaedah pemprosesan. Selain itu, omega-3 juga mempunyai beberapa bentuk yang boleh mempengaruhi penyerapan dalam badan. Bentuk-bentuk ini termasuk trigliserida semulajadi (TG), asid lemak bebas (FFA), fosfolipid (PL), etil ester (EE), dan trigliserida di esterifikasi semula (rTG) 4. Kajian mendapati bahawa penyerapan omega-3 dalam bentuk EE adalah tidak sebaik bentuk-bentuk yang lain 11.

Manfaat Kesihatan

1. Mengawal tekanan darah

Omega-3 berpotensi mengurangkan tekanan darah dan degupan jantung, dengan meningkatkan fungsi pengaliran salur darah melalui vasodilatasi dan kelonggaran otot licin dalam saluran darah 5,6.

2. Kesihatan jantung

Omega-3 juga berperanan penting dalam perkembangan aterosklerosis. Pengambilan omega-3 mengikut dos yang disarankan dapat mengurangkan kadar trigliserida dan melegakan keradangan 5. Kajian mendapati bahawa EPA dan DHA mempunyai kaitan dengan pengurangan risiko mendapat plak aterosklerotik 7.

3. Demensia

DHA mempunyai kesan antioksidan, anti-radang dan anti-apoptotik, yang boleh memperlahankan kemerosotan otak 8. Asid lemak omega-3 terutamanya tertumpu pada sinaps otak, pengambilan suplemen omega-3 membantu meningkatkan tahap DHA dalam otak bagi golongan yang menghidapi demensia 9.

4. Kesihatan mata

DHA merupakan salah satu bahagian utama dalam retina. Ia berpotensi mengurangkan risiko mendapat degenerasi makula, yang boleh mengakibatkan kerosakan mata dan buta 10.

5. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

Omega-3 membantu dalam meningkatkan tempoh masa perhatian dan produktiviti. Ia juga dapat mengurangkan masalah hiperaktif, impulsif, kegelisahan dan agresif bagi kalangan kanak-kanak yang mengalami ADHD 10.

Rujukan:

1. Młynarczyk, K., Walkowiak-Tomczak, D., & Łysiak, G. P. (2018). Bioactive properties of Sambucus nigra L. as a functional ingredient for food and pharmaceutical industry. Journal of functional foods40, 377–390. https://doi.org/10.1016/j.jff.2017.11.025

2. Tiralongo, E., Wee, S. S., & Lea, R. A. (2016). Elderberry Supplementation Reduces Cold Duration and Symptoms in Air-Travellers: A Randomized, Double-Blind Placebo-Controlled Clinical Trial. Nutrients8(4), 182. https://doi.org/10.3390/nu8040182

3. Mahboubi M. (2020). Sambucus nigra (black elder) as alternative treatment for cold and flu. Advances in Traditional Medicine, 1–10. Advance online publication. https://doi.org/10.1007/s13596-020-00469-z

4. Ulbricht, C., Basch, E., Cheung, L., Goldberg, H., Hammerness, P., Isaac, R., Khalsa, K. P., Romm, A., Rychlik, I., Varghese, M., Weissner, W., Windsor, R. C., & Wortley, J. (2014). An evidence-based systematic review of elderberry and elderflower (Sambucus nigra) by the Natural Standard Research Collaboration. Journal of dietary supplements11(1), 80–120. https://doi.org/10.3109/19390211.2013.859852

5. Miraj, S. (2016). Chemical composition and pharmacological effects of Sambucus nigra. Der Pharma Chemica, 8(13), 231-234. http://derpharmachemica.com/archive.html

6. Sidor, A., & Gramza-Michałowska, A. (2015). Advanced research on the antioxidant and health benefit of elderberry (Sambucus nigra) in food – a review. Journal Of Functional Foods18, 941-958. doi: 10.1016/j.jff.2014.07.012

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0