Perubahan penglihatan akan berlaku secara semula jadi apabila usia seseorang meningkat, tetapi kehilangan penglihatan bukanlah akibat biasa daripada penuaan.
Malaysia dijangka menjadi negara menua menjelang 2030, dengan 15% daripada jumlah penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas 1. Degenerasi makula terkait usia (juga dikenali sebagai ‘AMD’) adalah keadaan degeneratif kronik dan progresif dan merupakan penyebab utama kehilangan penglihatan yang memberi kesan kepada orang yang berumur 60 tahun dan ke atas 3. Dianggarkan 46,000 rakyat Malaysia berumur 45 tahun ke atas berisiko mengalami kebutaan yang tidak dapat dipulihkan akibat daripada AMD basah 2.
AMD adalah merupakan masalah dengan retina anda. Ia terjadi apabila bahagian retina yang dipanggil ‘makula’ telah rosak. Individu yang mengalami AMD akan hilang penglihatan pusat, tidak dapat melihat butiran halus dari dekat ataupun jauh 3. Penglihatan pusat adalah penting untuk melakukan perkara seperti membaca, memandu kereta dan mengenali wajah.
Bagaimanakah kita boleh mencegah AMD ini?
AMD yang berkaitan dengan usia boleh diperlahankan jika dikesan awal. Pemeriksaan mata yang kerap adalah penting. Anda amat digalakkan untuk melakukan pemeriksaan mata setiap 1-2 tahun bagi yang berusia lebih daripada 60 7.
AMD basah tidak boleh dirawat, jadi pengesanan awal dan rawatan dapat menghalangnya daripada menjadi lebih teruk. Dua rawatan utama termasuk ubat-ubatan untuk menghentikan pertumbuhan salur darah baru yang tidak normal, dikenali sebagai anti-VEGF, jenis rawatan yang lain adalah bentuk pembedahan seperti terapi fotodinamik dan fotokoagulasi laser yang melibatkan ubat sensitif cahaya dan/atau sumber cahaya untuk memusnahkan salur darah yang tidak normal dan menghalang pertumbuhannya.
Antioksidan seperti antosianin dan xanthophyll 8
Antosianin adalah pigmen merah-ungu yang terdapat dalam tumbuhan dengan sifat antioksidan yang tinggi. Beri seperti beri biru, bilberi, anggur, strawberi dan goji beri adalah buah-buahan berwarna yang mempunyai kandungan antosianin tinggi. Antosianin didapati boleh melindungi retina daripada terlalu terdedah kepada cahaya dan sinaran, serta memperbaiki penglihatan dan meningkatkan bekalan darah kepada retina.
Terdapat 2 xanthophyll karotenoid seperti lutein dan zeaxanthin, yang tertumpu pada makula, yang juga dikenali sebagai pigmen makula. Badan manusia tidak dapat menghasilkan kedua-dua lutein dan zeaxanthin, ia diperoleh daripada sayur-sayuran hijau dan buah-buahan, dan juga melalui pengambilan suplemen. Mereka membantu menapis cahaya biru dan mencegah kerosakan tekanan oksidatif pada makula.
Vitamins A, C, & E8
Mineral
Zink adalah kofaktor penting bagi kebanyakan aktiviti enzim dalam retina. Kajian Penyakit Mata Berkaitan Usia (AREDS) menunjukkan suplemen zink boleh melindungi retina dan mencegah AMD.
Ketahui lebih lanjut mengenai produk siri penjagaan mata kami untuk dewasa dan kanak-kanak.
Rujukan:
- Hirschmann, R. (2020). Share of Aging Population Malaysia 2014-2020. Retrieved 1 September 2021, from https://www.statista.com/statistics/713529/malaysia-aging-population/
- New Treatment For Wet AMD. The Star. Retrieved 1 September 2021, from: https://www.thestar.com.my/lifestyle/health/2013/07/01/new-treatment-for-wet-amd/
- American Academy of Ophthalmology. (2021).What is Macular Degeneration? Retrieved 5 August 2021, from https://www.aao.org/eye-health/diseases/amd-macular-degeneration
- American Academy of Ophthalmology. (2021). Lower Your Risk of Macular Degeneration. Retrieved 2 September 2021, from https://www.aao.org/eye-health/news/top-5-risk-factors-amd
- Brazier, Y. (2018). Age-related macular degeneration (AMD): Symptoms and treatment. Medical News Today. https://www.medicalnewstoday.com/articles/152105#symptoms
- National Eye Institutes. (2021). Get a Dilated Eye Exam. https://www.nei.nih.gov/learn-about-eye-health/healthy-vision/get-dilated-eye-exam
- Harvard Health Publishing. (2013). AMD: A Preventable Form of Vision Loss. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/amd-a-preventable-form-of-vision-loss
- Khoo, H. E., Ng, H. S., Yap, W. S., Goh, H., & Yim, H. S. (2019). Nutrients for Prevention of Macular Degeneration and Eye-Related Diseases. Antioxidants (Basel, Switzerland), 8(4), 85. https://doi.org/10.3390/antiox8040085