Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Ekstrak Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali)

[zeno_font_resizer]
Eurycome Longifolias Extract (Tongkat Ali)

Ekstrak Eurycoma longifolia, yang juga dikenali sebagai tongkat ali, adalah tumbuhan berbunga bagi jenis Simaroubaceae dengan pelbagai kegunaan dan manfaat kesihatan. Tongkat ali mempunyai flavonoid, alkaloid, dan bahan lain yang berfungsi sebagai antioksidan 1. Ia digunakan bagi merawat disfungsi erektil, demam, jangkitan, dan malaria dalam perubatan tradisional di Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan juga negara Asia yang lain 2.

Manfaat Kesihatan

1. Meningkatkan kadar testosteron dan kesuburan lelaki

  • Tongkat ali has been shown to increase testosterone levels in men who have low levels of this primary sex hormone. A one-month study of 76 older men with low testosterone found that taking 200 mg of tongkat ali extract daily significantly increased testosterone levels to normal levels in more than 90% of participant 3.
  • Tongkat ali didapati dapat meningkatkan pergerakan dan kepekatan sperma, seterusnya dapat meningkatkan kesuburan lelaki 4,5. Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap 75 pasangan lelaki daripada pasangan yang tidak subur, pengambilan 200 mg ekstrak tongkat ali setiap hari selama 3 bulan dapat meningkatkan pergerakan dan kepekatan sperma dengan ketara. Rawatan ini juga dapat membantu lebih daripada 14% pasangan untuk hamil 5.

2. Mengurangkan tekanan dan mengawal emosi

Tongkat ali boleh mengurangkan hormon tekanan, mengurangkan kemurungan, dan mengawal emosi. Kajian satu bulan yang dijalankan terhadap 63 orang dewasa yang mengalami tekanan sederhana mendapati bahawa 200 mg ekstrak tongkat ali setiap hari dapat mengurangkan hormon tekanan (kortisol) dalam air liur sebanyak 16% berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo 6.

3. Kecergasan fizikal

Tongkat ali juga dipasarkan bagi kegunaan para atlet sebagai suplemen ergogenik yang dapat meningkatkan kadar testosteron serta jisim dan kekuatan otot di samping dapat meningkatkan daya tahan 7. Hal ini disebabkan oleh kehadiran quassinoid, yang termasuk eurycomaoside, eurycolactone, dan juga eurycomanone di mana ia dapat membantu badan anda untuk menggunakan tenaga dengan lebih berkesan serta dapat menghilangkan keletihan 1. Dalam satu kajian kecil yang dijalankan selama 5 minggu, yang melibatkan 14 orang lelaki yang mengambil bahagian di dalam latihan kekuatan, mendapati bahawa mereka yang mengambil 100 mg ekstrak tongkat ali setiap hari telah menunjukkan kenaikan jisim badan tanpa lemak yang ketara berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo 8.

4. Kesihatan tulang

Tongkat ali didapati dapat menguatkan tulang, sekaligus dapat merawat masalah osteoporosis dalam kalangan lelaki. Hal ini kerana tongkat ali dapat meningkatkan kadar testosteron, yang bukan sahaja dapat membina tulang (osteoblas), tetapi juga dapat mengaktifkan kematian sel pemecahan tulang (osteoklas), yang akhirnya akan membawa kepada pemeliharaan jisim tulang 9

Rujukan:
  1. Jiraungkoorskul, W. and Khanijo, T. (2016) “Review ergogenic effect of Long Jack, Eurycoma longifolia,” Pharmacognosy Reviews, 10(20), p. 139. Available at: https://doi.org/10.4103/0973-7847.194041.
  2. Bhat, R. and Karim, A.A. (2010) “Tongkat Ali (Eurycoma longifolia Jack): A review on its ethnobotany and pharmacological importance,” Fitoterapia, 81(7), pp. 669–679. Available at: https://doi.org/10.1016/j.fitote.2010.04.006.
  3. Tambi, M.I., Imran, M.K. and Henkel, R.R. (2011) “Standardised water-soluble extract of eurycoma longifolia, Tongkat Ali, as testosterone booster for managing men with late-onset hypogonadism?,” Andrologia, 44, pp. 226–230. Available at: https://doi.org/10.1111/j.1439-0272.2011.01168.x.
  4. Ismail, S.B. et al. (2012) “Randomized clinical trial on the use of PHYSTA freeze-dried water extract ofeurycoma longifoliafor the improvement of quality of life and sexual well-being in men,” Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, 2012, pp. 1–10. Available at: https://doi.org/10.1155/2012/429268.
  5. Bin Mohd Tambi, M.I. and Imran, M.K. (2010) “Eurycoma longifolia Jack in managing idiopathic male infertility,” Asian Journal of Andrology, 12(3), pp. 376–380. Available at: https://doi.org/10.1038/aja.2010.7.
  6. Talbott, S.M. et al. (2013) “Effect of Tongkat Ali on stress hormones and psychological mood state in moderately stressed subjects,” Journal of the International Society of Sports Nutrition, 10(1). Available at: https://doi.org/10.1186/1550-2783-10-28
  7. Rehman, S., Choe, K. and Yoo, H. (2016) “Review on a traditional herbal medicine, Eurycoma longifolia Jack (Tongkat Ali): Its traditional uses, chemistry, evidence-based pharmacology and toxicology,” Molecules, 21(3), p. 331. Available at: https://doi.org/10.3390/molecules21030331.
  8. “Joint conference of Basem and bases” (2003) British Journal of Sports Medicine, 37(5), pp. 464–470. Available at: https://doi.org/10.1136/bjsm.37.5.464.
  9. Mohd Effendy, N. et al. (2012) “eurycoma longifolia: Medicinal plant in the prevention and treatment of male osteoporosis due to androgen deficiency,” Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, 2012, pp. 1–9. Available at: https://doi.org/10.1155/2012/125761.
Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0