Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Sambucus nigra (Elderberi)

Benefits of elderberry
[zeno_font_resizer]
Sambucus nigra (Elderberi)

Sambucus nigra, juga dikenali sebagai elder, elder hitam atau elder Eropah. Ini adalah pokok kecil yang tumbuh di Eropah dan mudah dikenali pada awal musim panas oleh bunga putihnya, yang kemudian berkembang menjadi beri hitam. Bunga dan beri telah digunakan dalam perubatan masyarakat Eropah sejak berabad bagi merawat pelbagai penyakit seperti selsema, flu, hidung tersumbat dan demam 1.

Elderberi telah mendapat populariti dalam kajian klinikal moden yang menyokong penggunaan dalam perubatan lama, kerana ia mempunyai ciri-ciri seperti antioksidan, antidiabetik, antidepresan dan mampu mengawal sistem imun.

Fakta Nutrisi

Elderberi adalah sangat berkhasiat kerana mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin B9, vitamin C, vitamin E, zink, kalsium, magnesium, kalium, zat besi, flavonoids, fitosterol dan polifenol 1,2.

Selain daripada nutrien ini, buah elderberi yang belum matang juga mengandungi glikosida sianogenik yang berpotensi menjadi toksin di dalam badan yang dikenali sebagai sianida dan boleh menyebabkan penyakit. Walau bagaimanapun, rawatan haba dapat mengurangkan toksinnya dan menjadikannya selamat untuk dimakan 1.

Manfaat Kesihatan

1. Melegakan demam dan selsema

Elderberi terbukti dapat meningkatkan sistem imun dan mengurangkan simptom selsema dan flu seperti demam, batuk, sakit tekak dan hidung tersumbat 2. Ekstrak elderberi juga memiliki ciri-ciri antivirus yang didapati boleh menyahaktifkan influenza A dan B. Ciri-ciri anti-radang dalam elderberi juga boleh mengurangkan bengkak pada membran mukus dan melegakan hidung tersumbat, serta dapat mengurangkan sakit dan demam semasa mengalami wabak influenza 2,3.

2. Antioksidan dan anti-radang

Elderberi mengandungi antioksidan seperti antosianin dan flavonoids. Antioksidan ini bukan sahaja membantu melawan radikal bebas, tetapi ia juga penting dalam mengendalikan tindak balas keradangan dalam badan 1. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam elderberi membantu mengurangkan keradangan dalam badan, seperti keradangan kronik yang berlaku dalam penyakit jantung dan kanser 1.

3. Antibakteria

Elderberi memiliki ciri-ciri antibakteria terhadap bakteria patogen manusia yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan bahagian atas. Ia juga berkesan dalam mengurangkan pembiakan bakteria seperti Streptococcus pyogenes, Streptococcus Kumpulan C dan G, Branhamella catarrhalis 1.

4. Perlindungan sinaran UV

Polifenol yang diekstrak daripada elderberi boleh melindungi daripada sinaran UV dan ia sangat bernilai dalam formulasi pelindung matahari. Kesan perlindungannya adalah lebih baik apabila digabungkan dengan ekstrak Helichrysum arenarium dan Crataegus monogyna 5,6.

Rujukan:

1. Młynarczyk, K., Walkowiak-Tomczak, D., & Łysiak, G. P. (2018). Bioactive properties of Sambucus nigra L. as a functional ingredient for food and pharmaceutical industry. Journal of functional foods40, 377–390. https://doi.org/10.1016/j.jff.2017.11.025

2. Tiralongo, E., Wee, S. S., & Lea, R. A. (2016). Elderberry Supplementation Reduces Cold Duration and Symptoms in Air-Travellers: A Randomized, Double-Blind Placebo-Controlled Clinical Trial. Nutrients8(4), 182. https://doi.org/10.3390/nu8040182

3. Mahboubi M. (2020). Sambucus nigra (black elder) as alternative treatment for cold and flu. Advances in Traditional Medicine, 1–10. Advance online publication. https://doi.org/10.1007/s13596-020-00469-z

4. Ulbricht, C., Basch, E., Cheung, L., Goldberg, H., Hammerness, P., Isaac, R., Khalsa, K. P., Romm, A., Rychlik, I., Varghese, M., Weissner, W., Windsor, R. C., & Wortley, J. (2014). An evidence-based systematic review of elderberry and elderflower (Sambucus nigra) by the Natural Standard Research Collaboration. Journal of dietary supplements11(1), 80–120. https://doi.org/10.3109/19390211.2013.859852

5. Miraj, S. (2016). Chemical composition and pharmacological effects of Sambucus nigra. Der Pharma Chemica, 8(13), 231-234. http://derpharmachemica.com/archive.html

6. Sidor, A., & Gramza-Michałowska, A. (2015). Advanced research on the antioxidant and health benefit of elderberry (Sambucus nigra) in food – a review. Journal Of Functional Foods18, 941-958. doi: 10.1016/j.jff.2014.07.012

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0