Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Astaxanthin

Benefits of Astaxanthin
[zeno_font_resizer]
Astaxanthin

Astaxanthin adalah pigmen larut lemak yang berwarna kemerahan yang tergolong dalam jenis karotenoid 1. Astaxanthin tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia, oleh itu ia perlu diperoleh daripada pemakanan atau suplemen 2. Sumber astaxanthin yang semula jadi adalah alga, ragi, salmon, krill, udang dan udang karang. Haemactococcus pluvialis adalah mikroalga hijau, salah satu sumber astaxanthin semula jadi untuk kegunaan manusia 1.

Fakta Menarik

Astaxanthin adalah jenis karotenoid xanthophyll 1. Ia mengandungi ikatan ganda dua konjugat, kumpulan hydroksil dan keto, yang memberikan ciri lipofilik dan hidrofilik 1. Jenis ikatan ganda dua konjugat ini bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Astaxanthin menunjukkan aktiviti biologi yang lebih baik daripada antioksidan yang lain, kerana ia mampu menggapai lapisan luar dan dalam sel yang dikenali sebagai membran sel serta memegang struktur sel daripada musnah daripada serangan radikal bebas 1.

Manfaat Kesihatan

1. Kesihatan Kulit

Ciri antioksidan yang kuat bertindak sebagai pelindung dalam meningkatkan keseluruhan penampilan kulit. Astaxanthin dapat meningkatkan kelembapan kulit, mengurangkan pembentukan kedutan dan hiperpigmentasi, serta menghalang penuaan kulit yang pramatang 3.

2. Memelihara penglihatan

Kajian klinikal membuktikan bahawa suplemen astaxanthin meningkatkan ketajaman penglihatan, kepekaan kontras dan fungsi berkaitan dengan penglihatan, juga meningkatkan penghasilan air mata dan kestabilan untuk mengurangkan simptom ketegangan mata 4.

3. Kesihatan jantung

Astaxanthin terbukti dapat mencegah tekanan oksidatif, mengurangkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL, serta mengurangkan risiko arteri tersumbat 5. Ia juga meningkatkan kontraksi jantung dan toleransi senaman 6.

4. Melambatkan penuaan otak

Astaxanthin mempunyai ciri neuroprotektif termasuk kesan anti-radang, anti-apoptotik dan antioksidan 7. Kesemua ini dapat meningkatkan atau mengekalkan keplastikan otak. Kajian terkini juga mendapati astaxanthin boleh mempengaruhi emosi dan menyokong kesejahteraan mental 8.

Dos Harian Yang Disarankan

Disarankan untuk mengambil astaxanthin dengan minyak yang kaya dengan omega-3 seperti chia, biji rami, ikan, kekacang, walnut dan badam 1. Dos astaxanthin yang disarankan adalah 2-4mg/hari, dan selamat dimakan sehingga dos 6mg/hari 1.

Rujukan:

1. Ambati, R. R., Phang, S. M., Ravi, S., & Aswathanarayana, R. G. (2014). Astaxanthin: sources, extraction, stability, biological activities and its commercial applications–a review. Marine drugs, 12(1), 128–152. https://doi.org/10.3390/md12010128

2. Guerin, M., Huntley, M. E., & Olaizola, M. (2003). Haematococcus astaxanthin: applications for human health and nutrition. Trends in Biotechnology, 21(5), 210-216. https://doi.org/10.1016/S0167-7799(03)00078-7

3. Davinelli, S., Nielsen, M. E., & Scapagnini, G. (2018). Astaxanthin in skin health, repair, and disease: a comprehensive review. Nutrients, 10(4), 522. https://doi.org/10.3390/nu10040522

4. Giannaccare, G., Pellegrini, M., Senni, C., Bernabei, F., Scorcia, V., & Cicero, A. (2020). Clinical applications of astaxanthin in the treatment of ocular diseases: emerging insights. Marine drugs, 18(5), 239. https://doi.org/10.3390/md18050239

5. Fassett, R. G., & Coombes, J. S. (2012). Astaxanthin in cardiovascular health and disease. Molecules (Basel, Switzerland), 17(2), 2030–2048. https://doi.org/10.3390/molecules17022030

6. Kato, T., Kasai, T., Sato, A., Ishiwata, S., Yatsu, S., Matsumoto, H., Shitara, J., et al. (2020). Effects of 3-month astaxanthin supplementation on cardiac function in heart failure patients with left ventricular systolic dysfunction-a pilot study. Nutrients, 12(6), 1896. MDPI AG. Retrieved from http://dx.doi.org/10.3390/nu12061896

7. Grimmig, B., Kim, S. H., Nash, K., Bickford, P. C., & Douglas Shytle, R. (2017). Neuroprotective mechanisms of astaxanthin: a potential therapeutic role in preserving cognitive function in age and neurodegeneration. GeroScience, 39(1), 19–32. https://doi.org/10.1007/s11357-017-9958-x

8. Talbott, S., Hantla, D., Capelli, B., Ding, L., Li, Y., & Artaria, C. (2019). Effect of Astaxanthin Supplementation on Psychophysiological Heart-Brain Axis Dynamics in Healthy Subjects. Functional Foods in Health and Disease, 9, 521-531. DOI:10.31989/ffhd.v9i8.636

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0