Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Astragalus membranaceus (Akar Milkvetch)

Benefits of Milkvetch root
[zeno_font_resizer]
Astragalus membranaceus (Akar Milkvetch)

Astragalus membranaceus, juga dikenali sebagai akar milkvetch atau Huangqi di China, adalah salah satu herba terkenal yang digunakan dalam kebanyakan formulasi herba tradisional dalam amalan perubatan tradisional Cina (TCM) 1. Astragalus adalah tanaman berbunga daripada jenis Leguminosae, yang berasal dari wilayah utara dan timur China. Akar Astragalus dituai dari pokok yang berusia 4 tahun dan adalah satu-satunya bahagian yang digunakan dalam perubatan. Kegunaan Astragalus membranaceus diterangkan dalam Shen Nong’s Materia Medica sejak 2000 tahun yang lalu 1. Secara tradisionalnya, Astragalus membranaceus digunakan untuk menyokong dan meningkatkan sistem imun, untuk merawat pelbagai keadaan, termasuk jangkitan virus, keletihan, hilang selera makan, otot lemah, penyakit hati dan buah pinggang 2.

Fakta Nutrisi

Sehingga kini, terdapat lebih 200 komponen telah diasingkan dan dikenal pasti daripada Astragalus membranaceus 2. Tiga komponen bioaktif utama Astragalus membranaceus adalah polisakarida, isoflavonoids dan saponins. Komponen utama lain yang boleh didapati adalah asid folik, selenium, zink, zat besi dan pelbagai asid amino 1,2.

Manfaat Kesihatan

Imuniti

Kajian menunjukkan bahawa Astragalus membranaceus membawa kepada peningkatan imun. Astragalus membranaceus mengawal dan mengaktifkan sel imun seperti T-limfosit, sel pembunuh semula jadi dan makrofaj 3. Terdapat juga bukti mengenai keberkesanan Astragalus sebagai antivirus 3,4.

2. Kesihatan jantung

Astragalus membranaceus boleh membantu meningkatkan fungsi jantung pada mereka yang mempunyai masalah jantung 2. Astragalus mempunyai kesan diuretik yang boleh mengurangkan tekanan darah dan meluaskan saluran darah, seterusnya meningkatkan jumlah darah untuk sampai ke jantung 2. Kewujudan flavonoids dalam astragalus adalah antioksidan yang membantu menghalang plak dalam arteri, manakala polisakarida astragalus (APS) membantu mengurangkan tahap trigliserida dan jumlah kolesterol 3,4.

3. Kanser

Kajian menunjukkan bahawa APS, saponins, flavonoids memiliki aktiviti anti-proliferasi terhadap sel kanser. APS meningkatkan kematian sel tumor secara signifikan terhadap kanser paru-paru, hati, perut dan usus besar. Astragalus juga membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi seperti loya dan muntah 3,4.

4. Kawalan kadar gula dalam darah

Komponen aktif dalam akar Astragalus seperti saponins, flavonoids dan polisakarida kesemuanya berkesan dalam mengawal gula dalam darah bagi kencing manis jenis 1 dan 2 2. Astragalus boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan melindungi sel β dalam pankreas 2,3. Astragalus juga menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan komplikasi kencing manis seperti diabetik nefropati (penyakit buah pinggang bagi kencing manis) dan retinopati diabetik (penyakit mata bagi kencing manis) 2.

5. Lelah kronik

Astragalus digunakan secara tradisional di China bagi merawat lelah. Astragalus mengurangkan hipersensitif saluran udara, penghasilan mukus, dan keradangan, dan seterusnya mengurangkan serangan lelah pada individu yang mempunyai masalah lelah kronik 2.

Rujukan:

1. Shahrajabian, M. H. (2019). A Review of Astragalus Species as Foodstuffs, Dietary Supplements, A Traditional Chinese Medicine and A Part of Modern Pharmaceutical Science. Applied Ecology and Environmental Research, 17(6). doi: 10.15666/aeer/1706_1337113382

2. Guo, Z., Lou, Y., Kong, M., Luo, Q., Liu, Z., & Wu, J. (2019). A Systematic Review of Phytochemistry, Pharmacology and Pharmacokinetics on Astragali Radix: Implications for Astragali Radix as a Personalized Medicine. International journal of molecular sciences, 20(6), 1463. https://doi.org/10.3390/ijms20061463

3. Zheng, Y., Ren, W., Zhang, L., Zhang, Y., Liu, D., & Liu, Y. (2020). A Review of the Pharmacological Action of Astragalus Polysaccharide. Frontiers in pharmacology, 11, 349. https://doi.org/10.3389/fphar.2020.00349

4. Wang, Jia & Jia, Junying & Song, Li & Gong, Xue & Xu, Jianping & Yang, Min & Li, Minhui. (2018). Extraction, Structure, and Pharmacological Activities of Astragalus Polysaccharides. Applied Sciences. 9. 122. 10.3390/app9010122

5. Miraj, S. and Kiani, S. (2016) Astragalus membranaceus: A review study of its anti-carcinoma activities. Der Pharmacia Lettre, 8 (6). 59-65.

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0