Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Kalsium

Benefits of Calcium
[zeno_font_resizer]
Kalsium

Kalsium adalah mineral penting yang diperlukan oleh semua organisme hidup, termasuk manusia. Terdapat lebih daripada 99% kalsium dalam badan manusia yang disimpan dalam tulang dan gigi 1. Badan kita kehilangan kalsium setiap hari melalui kulit, kuku, rambut, peluh, dan air kencing 2. Apabila badan tidak mendapat kalsium yang mencukupi untuk menyokong fungsinya, ia akan mendapatkannya daripada tulang. Hal ini menyebabkan kehilangan ketumpatan tulang dari masa ke masa dan meningkatkan risiko penyakit tulang. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi daripada pemakanan atau suplemen kerana badan tidak dapat menghasilkan kalsium sendiri 2. Makanan yang tinggi kalsium termasuk produk tenusu, sayur-sayuran hijau gelap, produk soya, bijirin yang diperkaya dengan kalsium dan lain-lain.

Mitos dan Fakta

Tanggapan yang salah mengenai kalsium adalah dengan mengurangkan pengambilan kalsium akan mengurangkan peluang untuk mendapat batu karang. Kebanyakan orang mengaitkan kalsium sebagai punca utama berlakunya batu karang disebabkan kehadiran kalsium dalam batu karang jenis kalsium oksalat. Jawapannya adalah tidak, kalsium bukan musuh. Malahan, pengambilan kalsium yang kurang daripada dos harian yang disarankan akan menjejaskan kesihatan tulang dan boleh meningkatkan risiko terjadinya batu karang 3.

Manfaat Kesihatan

1. Kesihatan tulang

  • Kalsium memberikan sokongan kritikal bagi metabolisme tulang dan penting bagi mengekalkan jisim tulang yang optimum 4. Suplemen kalsium telah dibukti dapat mengurangkan risiko patah tulang dalam golongan dewasa yang lebih berusia 5.
  • Pakar mengesyorkan bahawa wanita yang berada di peringkat menopaus mengambil suplemen kalsium bagi mencegah osteoporosis 2. Ini kerana penurunan kadar hormon estrogen semasa menopaus mengakibatkan kehilangan jisim tulang yang mendadak dan turut meningkatkan risiko osteoporosis 6.

2. Kesihatan gigi

  • Gigi yang kuat juga bergantung kepada kalsium. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi boleh menyebabkan tulang di seluruh badan (termasuk gigi) menjadi kurang padat dan lebih rapuh, yang boleh menyebabkan kehilangan gigi. Pengambilan suplemen kalsium dan vitamin D mempunyai kesan yang baik terhadap pengekalan gigi 12.

3. Kesihatan saraf dan otot

  • Kalsium ion adalah penting dalam menghantar impuls saraf ke otot 7. Apabila saraf merangsang otot, kalsium akan dibebaskan bagi membantu gentian otot mengecut. Jika tiada kalsium, gentian otot akan kembali ke kedudukan asalnya dan relaks 8. Gangguan homeostasis kalsium ini boleh mengganggu fungsi normal otot dan saraf.

4. Praeklampsia

  • Pakar telah mengesyorkan pengambilan kalsium sebanyak 1500-2000mg boleh mengurangkan gejala praeklampsia pada wanita hamil yang mempunyai pengambilan kalsium yang tidak mencukupi 9,10.
Dos harian yang disarankan

Golongan dewasa yang sihat memerlukan sekurang-kurangnya 800mg kalsium setiap hari. Tanpa produk tenusu, seseorang individu masih boleh mendapatkan 300mg kalsium setiap hari daripada pemakanan yang seimbang. Oleh itu, suplemen kalsium sebanyak 500mg dapat membantu mencapai keperluan kalsium harian 11.

Rujukan:

1. Office of Dietary Supplements – Calcium. (2021). Retrieved 1 October 2021, from https://ods.od.nih.gov/factsheets/Calcium-HealthProfessional/#en1

2. Calcium/Vitamin D Requirements, Recommended Foods & Supplements. (2021). Retrieved 1 October 2021, from https://www.nof.org/patients/treatment/calciumvitamin-d/

3. 6 Easy Ways to Prevent Kidney Stones. (2020). Retrieved 20 October 2021, from https://www.kidney.org/atoz/content/kidneystones_prevent

4. Newman, T. (2020). Calcium: Health benefits, foods, and deficiency. Retrieved 1 October 2021, from https://www.medicalnewstoday.com/articles/248958#_noHeaderPrefixedConten

5. Weaver, C. M., Alexander, D. D., Boushey, C. J., Dawson-Hughes, B., Lappe, J. M., LeBoff, M. S., Liu, S., Looker, A. C., Wallace, T. C., & Wang, D. D. (2016). Calcium plus vitamin D supplementation and risk of fractures: an updated meta-analysis from the National Osteoporosis Foundation. Osteoporosis international : a journal established as result of cooperation between the European Foundation for Osteoporosis and the National Osteoporosis Foundation of the USA, 27(1), 367–376. doi: 10.1007/s00198-015-3386-5

6. Song L. (2017). Calcium and Bone Metabolism Indices. Advances in clinical chemistry, 82, 1–46. doi: 10.1016/bs.acc.2017.06.005

7. Insel, P., Ross, D., Bernstein, M., & Mcmahon, K. (2011). Nutrition (4th ed.). Sudbury, Mass.: Jones and Bartlett Publishers.

8. Powers, S., & Howley, E. (2012). Exercise physiology (8th ed.). New York: McGraw-Hill Higher Education.

9. Hypertension in pregnancy. Report of the American College of Obstetricians and Gynecologists’ Task Force on Hypertension in Pregnancy. (2013). Obstetrics and gynecology, 122(5), 1122–1131. doi: 10.1097/01.AOG.0000437382.03963.88

10. WHO recommendation: Calcium supplementation during pregnancy for the prevention of pre-eclampsia and its complications. (2018). World Health Organization.

11. How much calcium do you really need? – Harvard Health. (2019). Retrieved 20 October 2021, from https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/how-much-calcium-do-you-really-need

12. Krall, E. A., Wehler, C., Garcia, R. I., Harris, S. S., & Dawson-Hughes, B. (2001). Calcium and vitamin D supplements reduce tooth loss in the elderly. The American journal of medicine, 111(6), 452–456. https://doi.org/10.1016/s0002-9343(01)00899-3

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0