Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Coffee Arabica (Kopi Hijau)

Benefits of green coffee berry
[zeno_font_resizer]
Coffee Arabica (Kopi Hijau)

Kopi hijau adalah kopi yang telah dikupas dan tidak dibakar 1. Nama kopi ini berasal daripada pokok Coffea arabica, iaitu pokok bersaiz sederhana daripada jenis Rubiacea 1. Kopi adalah minuman paling popular selepas air putih dan kira-kira 1.6 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia. Ia ditanam di negara-negara Arab pada abad pertama, dan kemudiannya ditanam di Iran dan India. Pengeluar utama pokok ini pada masa kini adalah Brazil dan Columbia 1. Secara tradisionalnya, bahagian pokok kopi yang berlainan digunakan untuk influenza, anemia, edema, otot lemah, hepatitis dan masalah hati, sebagai perangsang untuk menahan rasa mengantuk, serta sebagai antitusif bagi selsema dan penyakit paru-paru 1.

Fakta Nutrisi

Kopi mengandungi sumber antioksidan semula jadi yang baik seperti sebatian polifenol. Polifenol yang sering ditemui adalah kafein, asid klorogenik, diterpene dan trigonelline 1. Kopi juga mengandungi nutrien penting seperti vitamin B2, vitamin B5, mangan, kalium, magnesium, dan niasin 1.

Manfaat Kesihatan

1. Perangsang

Kafein yang terdapat dalam kopi mempunyai kesan rangsangan terhadap otak pada dos yang optimum. Ia mengurangkan penghantaran adenosin dalam otak. Adenosin adalah perencat utama aktiviti neuron yang terlibat dalam pengawalan keghairahan, tidur dan kognisi 2,3. Dengan mengurangkan aktiviti adenosin, kafein membantu meningkatkan kepekatan dan prestasi kognitif.

2. Kemurungan

Kandungan asid dalam kopi seperti asid klorogenik, asid ferulik, dan asid kafeik membantu mengurangkan keradangan sel saraf dalam otak bagi orang yang mengalami kemurungan; manakala kafein meningkatkan rasa kesejahteraan dan tenaga 4,5. Kajian longitud mendapati bahawa pengambilan 4 cawan kopi sehari memberikan 20% risiko lebih rendah untuk mendapat kemurungan 5.

3. Penyakit Parkinson dan demensia

Analisis meta menunjukkan risiko penyakit Parkinson adalah 30% lebih rendah bagi kalangan peminum kopi berbanding bukan peminum kopi 6. Kafein memberikan kesan neuroprotektif dengan melindungi sel mikroglia dalam otak dan juga membantu mencegah penurunan kognitif bagi demensia 7,8.

4. Mengawal berat badan

Pengambilan kafein boleh membantu menurunkan berat badan, indeks jisim tubuh (BMI), dan lemak badan 9. Ia meningkatkan kadar metabolik dengan merangsang pembebasan hormon adrenalin ke dalam aliran darah yang membantu memecahkan lemak daripada tisu lemak. Selain itu, kafein mempunyai kesan diuretik ringan yang membantu mengurangkan berat air badan tanpa menyebabkan dehidrasi pada peminum kopi tegar 10.

5. Kawalan kadar gula dalam darah

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih daripada 3 hingga 4 cawan kopi dan kopi tanpa kafein mengurangkan risiko mendapat kencing manis jenis 2 11. Walau bagaimanapun, kesan perlindungan kopi terhadap kencing manis melalui pengawalan metabolisme glukosa dan rembesan insulin pada manusia masih tidak dapat dipastikan 11.

6. Kesihatan hati

Kajian mendapati bahawa peminum kopi mempunyai risiko sirosis lebih rendah 12,13. Kopi memberikan kesan perlindungan hati dengan mengurangkan tahap enzim hati yang menunjukkan kerosakan hati seperti aspartate aminotransferase (AST), alanine aminotransferase (ALT), gamma-glutamyltransferase (GGT), dan alkaline phosphatase (ALP), serta membantu memelihara kesihatan dan fungsi hati 14.

7. Lelah

Kafein mempunyai kesan yang sama seperti theophylline, sejenis ubat bronkodilator. Ia boleh membantu melegakan saluran udara dalam paru-paru dan mengurangkan simptom lelah seperti semput, sesak nafas, dan batuk. Kajian mendapati bahawa pengambilan kafein dapat meningkatkan fungsi saluran udara sehingga 4 jam, bagi pesakit yang mempunyai lelah 15. Toleransi terhadap kesan bronkodilator kafein bagi peminum kopi tegar masih tidak dapat dipastikan 15.

Rujukan:

1. Bisht, Shradha; Sisodia, SS (2010). Coffea arabica: A wonder gift to medical science. Journal of Natural Pharmaceuticals, 1(1), 58–65. doi:10.4103/2229-5119.73595

2. Cappelletti, S., Piacentino, D., Sani, G., & Aromatario, M. (2015). Caffeine: cognitive and physical performance enhancer or psychoactive drug?. Current neuropharmacology, 13(1), 71–88. https://doi.org/10.2174/1570159X13666141210215655

3. Nikić, Petar M.; Andrić, Branislav R.; Stojimirović, Biljana B.; Trbojevic-Stanković, Jasna; Bukumirić, Zoran (2014). Habitual coffee consumption enhances attention and vigilance in hemodialysis patients. BioMed Research International, 2014, 1–7. doi:10.1155/2014/707460

4. Pham, N. M., Nanri, A., Kurotani, K., Kuwahara, K., Kume, A., Sato, M., Hayabuchi, H., & Mizoue, T. (2014). Green tea and coffee consumption is inversely associated with depressive symptoms in a Japanese working population. Public health nutrition, 17(3), 625–633. https://doi.org/10.1017/S1368980013000360

5. Lucas, M., Mirzaei, F., Pan, A., Okereke, O. I., Willett, W. C., O’Reilly, É. J., Koenen, K., & Ascherio, A. (2011). Coffee, caffeine, and risk of depression among women. Archives of internal medicine, 171(17), 1571–1578. https://doi.org/10.1001/archinternmed.2011.393

6. Hernán, M. A., Takkouche, B., Caamaño-Isorna, F., Gestal-Otero, J. J. (2002). A meta-analysis of coffee drinking, cigarette smoking, and the risk of Parkinson’s disease. Annals of Neurology, 52(3), 276–284. doi:10.1002/ana.10277

7. Santos, C., Costa, J., Santos, J., Vaz-Carneiro, A., & Lunet, N. (2010). Caffeine intake and dementia: systematic review and meta-analysis. Journal of Alzheimer’s disease : JAD, 20 Suppl 1, S187–S204. https://doi.org/10.3233/JAD-2010-091387

8. Madeira, M. H., Boia, R., Ambrósio, A. F., & Santiago, A. R. (2017). Having a Coffee Break: The Impact of Caffeine Consumption on Microglia-Mediated Inflammation in Neurodegenerative Diseases. Mediators of inflammation, 2017, 4761081. https://doi.org/10.1155/2017/4761081

9. Tabrizi, R., Saneei, P., Lankarani, K. B., Akbari, M., Kolahdooz, F., Esmaillzadeh, A., et al. (2018). The effects of caffeine intake on weight loss: a systematic review and dose-response meta-analysis of randomized controlled trials. Critical Reviews in Food Science and Nutrition, 1–9. doi:10.1080/10408398.2018.1507996

10. R. J. Maughan; J. Griffin (2003). Caffeine ingestion and fluid balance: a review. , 16(6), 411–420. doi:10.1046/j.1365-277x.2003.00477.x

11. Huxley, R., Lee, C. M., Barzi, F., Timmermeister, L., Czernichow, S., Perkovic, V., Grobbee, D. E., Batty, D., & Woodward, M. (2009). Coffee, decaffeinated coffee, and tea consumption in relation to incident type 2 diabetes mellitus: a systematic review with meta-analysis. Archives of internal medicine, 169(22), 2053–2063. https://doi.org/10.1001/archinternmed.2009.439

12. Klatsky, Arthur L.; Morton, Cynthia; Udaltsova, Natalia; Friedman, Gary D. (2006). Coffee, Cirrhosis, and Transaminase Enzymes. Archives of Internal Medicine, 166(11), 1190–1195. doi:10.1001/archinte.166.11.1190

13. Kennedy, O.J., Fallowfield, J.A., Poole, R. et al. All coffee types decrease the risk of adverse clinical outcomes in chronic liver disease: a UK Biobank study. BMC Public Health 21, 970 (2021). https://doi.org/10.1186/s12889-021-10991-7

14. Heath, R. D., Brahmbhatt, M., Tahan, A. C., Ibdah, J. A., & Tahan, V. (2017). Coffee: The magical bean for liver diseases. World journal of hepatology, 9(15), 689–696. https://doi.org/10.4254/wjh.v9.i15.689

15. Welsh, E. J., Bara, A., Barley, E., & Cates, C. J. (2010). Caffeine for asthma. The Cochrane database of systematic reviews, 2010(1), CD001112. https://doi.org/10.1002/14651858.CD001112.pub2

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0