Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Crataegus monogyna (Beri hawthorn)

Benefits of Hawthorn berry
[zeno_font_resizer]
Crataegus monogyna (Beri hawthorn)

Crataegus monogyna, juga dikenali sebagai hawthorn, tumbuhan keluarga Rosaceae. Beri hawthorn adalah buah merah gelap yang kecil yang tumbuh di atas pokok renek yang berpintal dan berduri 1. Crataegus monogyna adalah salah satu spesies hawthorn yang banyak dijumpai di Eropah. Pelbagai bahagian Crataegus monogyna – beri, bunga dan daun telah digunakan dalam perubatan lama bagi merawat tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kegagalan jantung, masalah pencernaan, tekanan dan gangguan tidur 1.

Fakta Nutrisi

Crataegus monogyna mengandungi lebih daripada 150 komponen bioaktif, termasuk flavonoids, triterpenoids, proanthocyanidins oligomer, quercetin, asid organik dan asid fenolik 1,2. Flavonoids terdapat banyak di dalam tunas bunga, manakala proanthocyanidins dijumpai lebih banyak dalam buah yang belum matang 2. Flavonoids merupakan komponen utama daripada pokok Crataegus monogyna yang dapat memberikan fungsi perlindungan terhadap jantung 2.

Manfaat Kesihatan

1. Kesihatan jantung

Ekstrak flavonoids daripada Crataegus monogyna memiliki antioksidan yang tinggi yang boleh membantu menguatkan dinding saluran darah, dan proanthocyanidins membantu melebarkan saluran darah, dan meningkatkan pengaliran darah dalam otot jantung 2,3. Ia juga membantu dalam mengawal tekanan darah dan berguna untuk kegagalan jantung yang ringan dan degupan jantung yang tidak sekata 2,3.

2. Kolesterol

Crataegus monogyna boleh mengurangkan kolesterol, kolesterol LDL dan trigliserida. Ia mengurangkan kolesterol dengan meningkatkan penghasilan hempedu dan mengurangkan pembentukan kolesterol 1,2,3.

3. Kesihatan sistem pencernaan

Crataegus monogyna terbukti mempunyai ciri-ciri anti-radang, gastroprotektif dan antimikrob 2. Ia mempercepatkan proses pencernaan dan menyingkirkan masalah pencernaan yang lain seperti sembelit, kejang perut, kembung dan keadaan serius yang lain seperti ulser dan kanser kolon 5.

4. Antioksidan dan kesihatan kulit

Crataegus monogyna kaya dengan sumber flavonoids dan polifenol, merupakan komponen antioksidan yang kuat 1,2. Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menyingkirkan toksin yang berbahaya dalam badan. Ia berguna dalam melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UVB 1.

5. Kebimbangan dan kemurungan

Crataegus monogyna mempunyai kesan sedatif yang ringan, yang berguna untuk keadaan psikologi seperti kegelisahan, tekanan dan kemurungan 2,6. Ia berkesan dalam meningkatkan perasaan seseorang individu.

Rujukan:

1. Nazhand, A., Lucarini, M., Durazzo, A., et al. (2020). Hawthorn (Crataegus spp.): an updated overview on its beneficial properties. Forests, 11(5), 564. https://doi.org/10.3390/f11050564

2. Kumar, D., Arya, V., Bhat, Z. A., et al. (2012). The genus crataegus: chemical and pharmacological perspectives. Revista Brasileira de Farmacognosia, 22(5), 1187-1200. doi: 10.1590/s0102-695×2012005000094

3. Nabavi, S., Habtemariam, S., Ahmed, T., et al. (2015). Polyphenolic composition of Crataegus monogyna jacq.: from chemistry to medical applications. Nutrients, 7(9), 7708-7728. doi: 10.3390/nu7095361

4. Wang, J., Xiong, X., & Feng, B. (2013). Effect of crataegus usage in cardiovascular disease prevention: an evidence-based approach. Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, 1-16. doi: 10.1155/2013/149363

5. Tadić-Vanja, M., Dobrić-Silva, & Marković-Goran, M., et al. (2008). Anti-inflammatory, gastroprotective, free-radical-scavenging, and antimicrobial activities of hawthorn berries ethanol extract. Journal of Agricultural and Food Chemistry, 56(17), 7700-7709. doi: 10.1021/jf801668c

6. Can, ÖD., Özkay, ÜD., Öztürk, N., & Öztürk, Y. (2010), Effects of hawthorn seed and pulp extracts on the central nervous system. Pharmaceutical Biology, 48(8), 924-931. https://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.3109/13880200903305500

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0