Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Curcuma longa (Kunyit)

Benefits of turmeric
[zeno_font_resizer]
Curcuma longa (Kunyit)

Curcuma longa, atau lebih dikenali sebagai Kunyit, ialah sejenis tumbuhan perennial rhizomatus yang berasal dari keluarga Halia 1. Nama lain bagi Curcuma longa ialah Curcuma domestica atau Curcuma domestica Valenton. Kunyit adalah rempah yang menjadikan kari berwarna kuning, dan telah digunakan di India dan Asia Tenggara sejak dulu lagi. Selain digunakan dalam masakan, ia juga digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Perubatan Tradisional Cina 1. Curcumin, bahan aktif utama yang terdapat di dalam Curcuma longa adalah sangat baik untuk kesihatan 1. Curcumin digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, antaranya rheumatoid artritis, jangkitan saluran kencing, penyakit hati berlemak, radang usus dan Alzheimer 2.

Fakta Nutrisi

Kunyit mengandungi lebih dari 300 komponen semula jadi termasuk beta-karoten, vitamin C, vitamin B6, kolin, niasin, riboflavin, zat besi, kalsium, mangan, copper, kalium, zink, magnesium, flavonoid, serat dan nutrien-nutrien lain. Kompaun bioaktif yang sentiasa dikaitkan dengan khasiat kunyit kepada kesihatan adalah Curcumin. Kajian-kajian saintifik menunjukkan bahawa curcumin mempunyai sifat anti-keradangan, antioksidan, antibakteria, antivirus, dan antikarsinogenik 2.

Manfaat Kesihatan

1. Anti-radang

Curcumin mengurangkan keradangan dengan cara menghalang penanda keradangan utama (key inflammatory marker) di dalam badan. Curcumin berkesan dalam menangani masalah keradangan akut seperti sakit tekak, sinusitis dan gingivitis, dan masalah keradangan kronik seperti rheumatoid artritis sciatica, hepatitis, diabetes dan penyakit radang usus 1,2.

2. Artritis dan sakit sendi

Curcuma longa kaya dengan kompaun anti-radang dan antioksidan, yang boleh membantu melegakan keradangan sendi. Kajian mendapati bahawa Curcumin mempunyai kesan anti-rheumatic yang hampir sama dengan ubat NSAIDs. Keselamatan dan keberkesanan cucurmin menjadikan ia pilihan alternatif untuk rawatan penyakit reumatik 3.

3. Kesihatan jantung

Curcumin juga terbukti berkesan dalam merawat hiperkolesterolemia dan hipertensi. Curcumin membantu meningkatkan fungsi endotel vaskular, iaitu modulator tekanan darah yang fungsinya merosot seiring dengan pertambahan usia. Ia juga berkesan mengawal kolesterol dalam darah dengan meningkatkan kolesterol baik (HDL), menurunkan jumlah kolesterol dan trigliserida dalam badan 1.

4. Kesihatan hati

Curcuma longa merangsang penghasilan hempedu dari pundi hempedu yang membantu mengeluarkan sisa yang tidak diperlukan dari badan, memperbaiki ketidakseimbangan metabolik, dan melindungi hati secara keseluruhan 1,2.

5. Penyakit Alzheimer

Curcuminoids boleh membantu mengurangkan plak beta-amiloid yang terkumpul di bahagian otak dan mengurangkan keradangan saraf, di samping memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer di peringkat awal 1.

6. Kawalan kadar gula dalam darah

Curcumin mampu mencegah penyakit Diabetes Jenis 2 kerana mempunyai kesan anti-radang dan antioksidan yang baik. Curcumin berinteraksi dengan sel pankreas, sel darah putih, sel beta untuk mengurangkan sel radang cytokines. Ini dapat memperbaiki ketahanan insulin dan juga hiperglycaemia 2,3.

7. Kanser

Kanser biasanya disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Penggunaan curcumin didapati mempunyai kesan positif terhadap pertumbuhan, perkembangan dan penyebaran kanser di peringkat molekular. Curcumin mengurangkan angiogenesis (pertumbuhan saluran darah baru pada tumor) dan metastasis (penyebaran kanser), dan ini seterusnya dapat menghalang pertumbuhan tumor. Menurut kajian, Curcumin dianggap dapat mencegah kanser pada pankreas, kolorektal, prostat dan juga payudara 1,3.

8. Kemurungan

Kemurungan dikatakan berkait rapat dengan kekurangan faktor neutrofik yang terhasil dari otak (BDNF). Curcumin bertindak sebagai anti-kemurungan yang baik melalui kebolehannya untuk meningkatkan BDNF dan mengawal kandungan serotonin dan dopamine. Oleh itu, ia sesuai dijadikan rawatan pelengkap untuk merawat kemurungan 1.

9. Alahan

Sifat anti-radang curcumin membantu mengurangkan kesan alahan rhinitis seperti bersin, hidung tersumbat, dan hidung berair 4.

10. Anti-kulat

Berdasarkan kajian terkini, Curcuma longa dianggap mempunyai ciri-ciri anti-kulat kerana ia dapat mengurangkan pertumbuhan Candida 3.

Rujukan:

1. Labban, Louay. (2014). Medicinal and pharmacological properties of Turmeric (Curcuma longa): A review. Int J Pharm Biomed Sci. 5. 17-23.

2. Mishra, Sunidhi & Goel, Bharti. (2020). Pharmaceutical and Nutritional Properties of Turmeric (Curcuma longa): A Mini Review. Advances in Zoology and Botany. 8. 83-86. 10.13189/azb.2020.080302.

3. Rahul Kumar Verma, Preeti Kumari, Rohit Kumar Maurya, Vijay Kumar, RB Verma, and Rahul Kumar Singh. (2018) Medicinal properties of turmeric (Curcuma longa L.): A review. International Journal of Chemical Studies; 6(4): 1354-1357

4. Wu, S., & Xiao, D. (2016). Effect of curcumin on nasal symptoms and airflow in patients with perennial allergic rhinitis. Annals of allergy, asthma & immunology: official publication of the American College of Allergy, Asthma, & Immunology117(6), 697–702.e1. https://doi.org/10.1016/j.anai.2016.09.427

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0