Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Ginkgo biloba

Benefits of Ginkgo Biloba
[zeno_font_resizer]
Ginkgo biloba

Ginkgo biloba merupakan salah satu jenis daripada Ginkgoceae. Antara nama yang kerap digunakan adalah Ginkgo, Kew tree, Yinhsing, pokok Maidenhair, pokok fosil dan Ginkgo Folium 1. Ginkgo diambil daripada perkataan Cina Yin-Kuo, yang bermaksud “silver apricot” dan biloba diambil daripada bentuk daun pokok Maidenhair yang dipercayai hidup selama 2000 sehinga 4000 tahun 2. Ginkgo biloba berasal dari China dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia adalah antara pokok herba yang paling banyak kegunaan seperti yang diterangkan dalam Shen Nong’s Materia Medica sejak 5000 tahun yang lalu 2. Supplemen Ginkgo biloba banyak dikaitkan dengan fungsi khas untuk otak dan bagi tujuan melancarkan darah.

Fakta Nutrisi

Komponen bioaktif utama yang ada dalam Ginkgo biloba adalah flavonoid, bioflavonoid, proantosianidin dan trilactonic diterpenes. Flavonoid terdapat dalam bentuk glikosida seperti Kuersetin, Kuersitrin, Kamferol dan Isorhamnetin. Trilactonic diterpenes termasuklah Ginkgolida A, Ginkgolida B dan Ginkgolida C.

Manfaat Kesihatan

1. Memori dan kemahiran berfikir

Ginkgo biloba didapati dapat meningkatkan prestasi manusia dalam berfikir. Ekstrak daripada daun ginkgo biloba berupaya meningkatkan tahap pemikiran dan mental bagi golongan warga emas dan pertengahan 3.

2. Penyakit demensia dan Alzheimer

Kajian menunjukkan ginkgo dapat melancarkan pengaliran darah terutamanya bahagian otak serta berupaya melindungi sel saraf. Pengambilan yang kerap dapat memberi kesan yang baik bagi kemahiran memori dan berfikir untuk pesakit Alzheimer ataupun demensia 1,3.

3. Kesihatan jantung

Ekstrak ginkgo biloba dipercayai dapat melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan terbentuknya gumpalan darah beku4. Kajian klinikal telah membuktikan bahawa esktrak ginkgo dapat melancarkan darah bagi penyakit jantung tersumbat5. Selain itu, pengaliran darah yang lancar ke otak juga dapat mengurangkan risiko penyakit strok1,4.

4. Anti-radang

Ekstrak ginkgo biloba berupaya mengurangkan keradangan bagi penyakit seperti atherosclerosis, bronchospasm dan tindak balas hypersensitivity 1,4.

5. Kesihatan Mata

Ginkgo biloba mempunyai ciri-ciri antioksidan dan berupaya meningkatkan pengaliran darah dalam bahagian mata. Masalah kemerosotan retina dapat dikurangkan dan penglihatan juga semakin jelas bagi pesakit kencing manis 3.

Rujukan:

1. Mullaicharam, A. (2014). A review on evidence based practice of Ginkgo biloba in brain health. International Journal of Chemical and Pharmaceutical Analysis, 1, 24–30. https://www.researchgate.net/publication/260640697_A_Review_on_Evidence_Based_Practice_of_Ginkgo_biloba_in_Brain_Health

2. Diamond, B. J., Shiflett, S. C., Feiwel, N., et al. (2000). Ginkgo biloba extract: mechanisms and clinical indications. Archives of Physical Medicine and Rehabilitation, 81(5), 668-678. doi: 10.1016/s0003-9993(00)90052-2

3. Giftson-Rajarajan, S. P. P., & Geetha, R. V. (2018). A review on the medicinal properties of Ginkgo biloba. Drug Invention Today, 10. https://jprsolutions.info/files/ms-file-5c04efc83592b4.33907495.pdf

4. Belwal, T., Giri, L., Bahukhandi, A., et al. (2018). Ginkgo biloba. Nonvitamin and Nonmineral Nutritional Supplements, 241-250.  https://www.researchgate.net/publication/329235429_Ginkgo_biloba

5. Wu, Y., Li, S., Cui, W., Zu, X., Du, J., Wang, F. (2008). Ginkgo biloba extract improves coronary blood flow in healthy elderly adults: Role of endothelium-dependent vasodilation. Phytomedicine: International Journal of Phytotherapy and Phytopharmacology, 15(3), 164-169. doi: 10.1016/j.phymed.2007.12.002

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0