Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Lithothamnium calcareum (Kalsium rumpai laut)

Benefits of seaweed calcium
[zeno_font_resizer]
Lithothamnium calcareum (Kalsium rumpai laut)

Lithothamnion calcareum adalah rumpai laut daripada jenis Corallinacea. Ia adalah alga yang berkapur, dengan warna kemerahan. Ia juga mengkristalkan kalsium karbonat dan magnesium pada dinding sel 1. Kandungan kalsium, aluminium, silikon, zat besi dan titanium bagi L. calcareum adalah lebih tinggi berbanding alga merah yang lain, dengan mempunyai kandungan kalsium sehingga 31% daripada jumlah berat 2,3. Kalsium yang diambil daripada Lithothamnion calcareum telah menjadi semakin popular di pasaran kerana bioavailabiliti dan kesan anabolik yang bermanfaat pada kalsifikasi rangka tulang 1.

Fakta Nutrisi

L. calcareum mengandungi kalsium karbonat, magnesium karbonat, zat besi, zink, fluorin, mangan, kobalt, iodin, alginat dan vitamin C. Kalsium dan magnesium dalam bentuk karbonat adalah paling mudah diserap, bagi memastikan kecukupan mineral dalam tulang dan pemulihan asid-bes yang seimbang bagi organisma 4.

Manfaat Kesihatan

1. Osteoartritis

Suplemen yang mengandungi Lithothamnion sp. telah didapati mempunyai ciri anti-radang, khususnya dalam mengurangkan ketidakselesaan pada lutut pesakit osteoartritis 5.

2. Kolesterol

Dalam kajian terkini telah didapati bahawa penanda lipid (penanda LDL dan jumlah kolesterol) adalah lebih rendah bagi wanita selepas menopaus yang mengambil Lithothamnion sp setiap hari 5. Hal ini terjadi kerana kalsium yang terdapat pada rumpai laut akan mengikat asid hempedu dan mengakibatkan kehabisan asid hempedu. Pengembalian asid hempedu daripada kolesterol akan membantu mengurangkan LDL dan jumlah kolesterol 6.

3. Kemurungan

Rumpai laut mengandungi jumlah magnesium yang mencukupi yang membantu dalam menstabilkan emosi melalui kesan positif neurotransmiter yang terlibat dalam pengawalan emosi 8. Pengambilan rumpai laut secara berkala adalah berkesan dalam mengurangkan simptom kemurungan serta dapat mengurangkan risiko bunuh diri bagi golongan dewasa 7,8.

Rujukan:

1. Silva, P. D. R., Kawai, G. S. D., Andrade, F. R. D. D., Bezzon, V. D. N. & Ferraz, H. G. (2021). Characterisation and traceability of calcium carbonate from the seaweed Lithothamnium calcareum. Solids, 2: 192-211. https://doi.org/10.3390/ solids2020013

2. Desideri, D., Cantaluppi, C., Ceccotto, F., Meli, M. A., Roselli, C. & Feduzi, L. (2016). Essential and toxic elements in seaweeds for human consumption. Journal of Toxicology and Environmental Health, 79 (3): 112-122. https://doi.org/10.1080/15287394.2015.1113598

3. Xu, Y., Ye, J., Zhou, D. & Su, L. (2020). Research progress on applications of calcium derived from marine organisms. Scientific Reports, 10 (18425): 1-8. https://doi.org/10.1038/s41598-020-75575-8

4. Flammini, L., Martuzzi, F., Vivo, V., Ghirri, A., Salomi, E., Bignetti, E. & Barocelli, E. (2016). Hake fish bone as a calcium source for efficient bone mineralization. Int J Food Sci Nutr, 67 (3): 265-273. https://doi.org/10.3109/09637486.2016.1150434

5. Zhang, Y., Tian, R., Wu, H., Li, X., Li, S. & Bian, L. (2020). Evaluation of acute and sub-chronic toxicity of Lithothamnium sp. In mice and rats. Toxicology Reports, 7: 852-858. https://doi.org/10.1016/j.toxrep.2020.07.005

6. Cronin, B. E., Allsop, P. J., Slevin, M. M., Magee, P. J., Livingstone, M. B. E., Strain, J. J & McSorley, E. M. (2016). Effects of supplementation with a calcium-rich marine-derived multi-mineral supplement and short-chain fructo-oligosaccharides on serum lipids in postmenopausal women. British Journal of Nutrition, 115: 658-665. https://doi.org/10.1017/S0007114515004948

7. Miyake, Y., Tanaka, K., Okubo, H., Sasaki, S. & Arakawa, M. (2014). Seaweed consumption and prevalence of depressive symptoms during pregnancy in Japan: Baseline data from the Kyushu Okinawa Maternal and Child Health Study. BMC Pregnancy and Childbirth, 14 (301): 1-7. http://www.biomedcentral.com/1471-2393/14/301

8. Tarleton, E. K., Littenberg, B., MacLean, C. D., Kennedy, A. G., & Daley, C. (2017). Role of magnesium supplementation in the treatment of depression: A randomized clinical trial. PLoS ONE, 12(6), e0180067. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0180067

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0