Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Panax ginseng

Benefits of Panax ginseng
[zeno_font_resizer]
Panax ginseng

Panax ginseng adalah tanaman tahunan yang tumbuh secara perlahan dengan akar yang tumbuh di kawasan pegunungan di Korea dan Utara China, dan kebiasaannya ditanam apabila tumbuhan ini berusia 3 hingga 6 tahun 1. Panax ginseng kebiasaannya dipanggil sebagai ginseng Korea, yang mempunyai akar yang pendek dan memberi kesan antioksidan, antikarsinogenik, antidiabetik dan anti-tekanan. Di Korea, pelbagai kaedah pemprosesan telah dikembangkan untuk meningkatkan keberkesanan dan meluaskan penggunaan klinikal bagi ginseng 2.

Fakta Nutrisi

Terdapat sekitar 200 bahan yang diasingkan daripada Panax ginseng. Daripada bahan tersebut, konstituen yang paling utama dan unik adalah ginsenosida, sebatian K, asid polisakarida dan poliasetilena 2.

Manfaat Kesihatan

1. Kecergasan

Panax ginseng boleh meningkatkan tenaga, stamina dan kekuatan badan bagi setiap individu 1.

2. Anti-radang

Komponen bioaktif Ginseng, Ginsenosida mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti-radang. Ia terbukti dapat mengurangkan penanda keradangan dan meningkatkan kapasiti antioksidan dalam sel 1,2.

3. Memelihara fungsi otak

Komponen dalam ginseng, seperti ginsenosida dan sebatian K, boleh melindungi otak daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia meningkatkan prestasi mental dan konsentrasi, mencegah hilang ingatan dan melindungi daripada penurunan mental yang berkaitan dengan usia 1.

4. Disfungsi ereksi

Panax ginseng meningkatkan kelegaan dan pengaliran darah pada otot zakar dan seterusnya membantunya mengembalikan fungsi normal 3.

5. Kawalan kadar gula dalam darah

Panax ginseng meningkatkan penghasilan insulin, meningkatkan pengambilan gula oleh sel daripada darah dan juga memberikan perlindungan antioksidan 1.

6. Kesihatan jantung

Ginseng dan ginsenosida memainkan peranan penting dalam mencegah penyakit kardiovaskular dengan mempertingkatkan pengaliran darah, mengawal tekanan darah dan lipid darah 2. Panax ginseng menghentikan platelet daripada melekat serta mengurangkan pembentukan gumpalan darah beku dalam arteri, yang bermanfaat bagi individu yang mengalami penyakit jantung 2.

7. Kanser

Ginsenosida, Poliasetilena dan Asid polisakarida dalam Panax ginseng mempunyai kesan antikanser. Kajian pemerhatian menunjukkan bahawa individu yang mengambil ginseng kurang berkemungkinan untuk menghidapi kanser seperti bibir, mulut, esofagus, perut, usus besar, hati dan paru-paru 4.

Rujukan:

1. Khaled, R., Gabriele, G, & Wolf-Dieter, R. (2020). Use of ginseng in medicine: perspectives on cns disorders. Iranian Journal of Pharmacology and Therapeutics, 3(2), 30-40. https://tspace.library.utoronto.ca/handle/1807/8915

2. Kim, J. H. (2018). Pharmacological and medical applications of Panax ginseng and ginsenosides: a review for use in cardiovascular diseases. J Ginseng Res, 42(3), 264-269. https://doi.org/10.1016/j.jgr.2017.10.004

3. Jang, D. J., Lee, M. S., Shin, B. C., Lee, Y. C, & Ernst, E. (2008). Red ginseng for treating erectile dysfunction: a systematic review. Br J Clin Pharmacol, 66(4), 444-450. doi: 10.1111/j.1365-2125.2008.03236.x

4. Yun, T. K., & Choi, S. Y. (1995). Preventive effect of ginseng intake against various human cancers: a case-control study on 1987 pairs. Cancer Epidemiol Biomarkers Prev, 4(4), 401-408. https://cebp.aacrjournals.org/content/4/4/401.long

 

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0