Passiflora incarnata (Bunga Buah Markisa)
Passiflora incarnata (Bunga Buah Markisa)
Passiflora incarnata, atau lebih dikenali sebagai bunga buah markisa atau “Maypop”, berasal dari keluarga Passifloraceae. Passiflora yang juga membawa maksud “Passio” dalam bahasa Latin, pertama kali ditemui oleh para penjelajah Sepanyol dan menganggapnya sebagai simbol “Passion of Christ” 1. Passiflora incarnata berasal dari Tenggara Amerika Syarikat dan Amerika Tengah dan Selatan 2. Passiflora incarnata telah digunakan dalam perubatan traditional sebagai ubat penenang oleh penduduk asli Amerika. Di Eropah pula, Passiflora incarnata digunakan untuk merawat insomnia dan kegelisahan.
Fakta Nutrisi
Komponen bioaktif utama yang ditemui dalam Passiflora incarnata adalah flavonoids, alkaloid indole, fenol, glikosil dan glikosida sianogenik 1,3. Flavonoids yang merupakan fitokonstituen utama dan dianggap sebagai bahan aktif bagi Passiflora incarnata. Flavonoids yang terdapat dalam Passiflora incarnata adalah vitexin, isovitexin, orientin, isooreintin, apigenin, keampferol dan quercetin 1,3.
Manfaat Kesihatan
1. Kegelisahan
Tekanan mental boleh menyebabkan kegelisahan, kerisauan dan rasa gementar. Passiflora incarnata dapat mengurangkan kegelisahan tanpa bantuan ubat penenang, termasuklah rasa keresahan sebelum pembedahan 3,4,5.
2. Insomnia
Ekstrak Passiflora incarnata mengurangkan aktiviti otak, jadi ia sangat membantu individu yang mengalami kesukaran untuk tidur supaya mendapat tidur yang berkualiti 1.
Rujukan:
1. Patel, Sita & Sheikuduman, Mohamed Saleem & Ravi, V & Shrestha, Bhupendra & Verma, Nitin & Karunakaran, Gauthaman. (2009). Passiflora incarnata Linn: A phytopharmacological review. International Journal of Green Pharmacy. 3. 10.4103/0973-8258.59731
2. National Center for Complementary and Integrative Health. Bunga buah markisa. Updated September 24, 2017. https://www.nccih.nih.gov/health/passionflower
3. Ngan, A., & Conduit, R. (2011). A double-blind, placebo-controlled investigation of the effects of Passiflora incarnata (passionflower) herbal tea on subjective sleep quality. Phytotherapy research: PTR, 25(8), 1153–1159. https://doi.org/10.1002/ptr.3400
4. Movafegh, A., Alizadeh, R., Hajimohamadi, F., Esfehani, F., & Nejatfar, M. (2008). Preoperative oral Passiflora incarnata reduces anxiety in ambulatory surgery patients: a double-blind, placebo-controlled study. Anesthesia and analgesia, 106(6), 1728–1732. https://doi.org/10.1213/ane.0b013e318172c3f9