Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Silybum marianum (Milk thistle)

Kebaikan milk thistle
[zeno_font_resizer]
Silybum marianum (Milk thistle)

Silybum marianum, yang juga dikenali sebagai milk thistle, adalah tumbuhan yang tumbuh di kawasan Mediterranean 1. Ia mempunyai bunga yang berwarna ungu dan dedaun berurat putih yang tajam. Milk thistle mempunyai kandungan silymarin yang tinggi, dan mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti-radang 1. Dalam perubatan tradisional, ia digunakan dalam merawat penyakit hati dan pundi kencing, serta meningkatkan pengeluaran susu ibu dan melindungi hati daripada keracunan cendawan 2.

Fakta Nutrisi

Buah Silybum marianum mempunyai kandungan bahan aktif yang tinggi iaitu silymarin. Silymarin terdiri daripada silybin, silydianin dan silychristin 3. Biji silymarin pula terdapat betain, trimethylglycine, asid lemak penting, protein, asid amino penting dan mineral, yang boleh meningkatkan fungsi silymarin dalam melindungi hati 1.

Manfaat Kesihatan

1. Kesihatan hati

Kajian menunjukkan ekstrak Silybum marianum berfungsi melindungi hati daripada kerosakan akibat pengambilan alkohol, hepatitis dan juga kanser. Silymarin yang terkandung juga berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan penghasilan radikal bebas, meningkatkan detoksifikasi dan mengurangkan radang hati 4.

2. Memelihara fungsi otak

Silymarin menunjukkan kesan terhadap penyakit Alzheimer, Parkinson dan cerebral ischemia. Ciri-ciri seperti anti-radang dan antioksidan dapat memberi perlindungan kepada fungsi otak apabila meningkatnya usia 4.

3. Kawalan kadar gula dalam darah

Kajian menunjukkan pengambilan silymarin dengan kadar yang kerap dapat mengurangkan kadar gula ketika berpuasa dan tahap HbA1C. Fungsi antioksidan dan anti-radang juga memberikan kesan terhadap komplikasi penyakit kencing manis seperti kerosakan saraf dan penyakit buah pinggang 5.

4. Kanser

Silymarin juga mempunyai kesan anti-neoplastik yang dapat merencat pertumbuhan sel kanser bagi organ seperti prostat, ovari, paru-paru, payudara dan pundi kencing 4.

5. Penghasilan susu badan

Kajian klinikal mendapati bahawa pengambilan 420 mg silymarin selama 63 hari dapat meningkatkan penghasilan susu sebanyak 64% berbanding dengan plasebo. Kajian ini juga menunjukkan bahawa milk thistle selamat diambil oleh ibu menyusu 4,6.

6. Kesihatan tulang

Silybum marianum dapat meningkatkan ketumpatan tulang. Ia dapat membantu dalam penghasilan tulang yang baru dan pada masa yang sama mencegah berlakunya pereputan tulang yang cepat 7.

Rujukan:

1. Apostol, L., Lorga, C. S., Cucu, S., Mustățea, G., & Moșoiu, C. (2017). Nutrient composition of partially defatted milk thistle seeds. Scientific Bulletin Series F Biotechnologies, 21, 165-169. http://biotechnologyjournal.usamv.ro/pdf/2017/Art28.pdf

2. Porwal, O., Mohammed-Ameen, M. S., Anwer, E. T., Uthirapathy, S., Ahamad, J., & Tahsin, A. (2019). Silybum marianum (Milk Thistle): Review on Its chemistry, morphology, ethno medical uses, phytochemistry and pharmacological activities. Journal of Drug Delivery and Therapeutics, 9(5), 199-206. doi: 10.22270/jddt.v9i5.3666

3. Das, S., Sukhes, M., & Damodaran, V. (2008). Medicinal properties of milk thistle with special reference to silymarin– an overview. Natural Product Radiance, 7, 182-192. http://nopr.niscair.res.in/bitstream/123456789/5665/1/NPR%207(2)%20182-192.pdf

4. Valková, V. (2020). Milk thistle (Silybum marianum): a valuable medicinal plant with several therapeutic purposes. Journal of Microbiology, Biotechnology and Food Sciences, 9(4), 836-843. doi: 10.15414/jmbfs.2020.9.4.836-843

5. Voroneanu, L., Nistor, I., Dumea, R., Apetrii, M., & Covic, A. (2016). Silymarin in type 2 diabetes mellitus: a systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. Journal of Diabetes Research, 1-10. doi: 10.1155/2016/5147468

6. Di Pierro, F., Callegari, A., Carotenuto, D., & Tapia, M. M. (2008). Clinical efficacy, safety and tolerability of BIO-C (micronized Silymarin) as a galactagogue. Acta Biomed, 9(3), 205-210.

7. Kim, J-L, Kim, Y-H, Kang, M-K, Gong, J-H, Han, S-J, & Kang, Y-H. (2013). Antiosteoclastic activity of milk thistle extract after ovariectomy to suppress estrogen deficiency-induced osteoporosis. BioMed Research International, 1-11. doi: 10.1155/2013/919374

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0