Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Vitamin D

[zeno_font_resizer]
Vitamin D

Cahaya UVB daripada matahari memancar ke kulit dan memberikan sebanyak 80% vitamin D yang kemudiannya ditukar menjadi vitamin D3 dalam badan. Namun begitu, beberapa individu mengalami pendedahan cahaya matahari yang terhad manakala terlalu banyak pendedahan kepada cahaya matahari pula boleh mengakibatkan risiko kanser kulit. Oleh itu, kaedah alternatif bagi mendapatkan vitamin D3 adalah melalui diet dan suplemen.

Fakta Nutrisi

Cahaya UVB daripada matahari memancar ke kulit dan memberikan sebanyak 80% vitamin D yang kemudiannya ditukar menjadi vitamin D3 dalam badan. Namun begitu, beberapa individu mengalami pendedahan cahaya matahari yang terhad manakala terlalu banyak pendedahan kepada cahaya matahari pula boleh mengakibatkan risiko kanser kulit. Oleh itu, kaedah alternatif bagi mendapatkan vitamin D3 adalah melalui diet dan suplemen.

Bagi vitamin D2, yang tidak dihasilkan oleh badan manusia, ia boleh diperoleh daripada cendawan dan yis yang terdedah kepada sinaran UV. Terdapat beberapa makanan seperti ikan berlemak yang mengandungi sejumlah besar vitamin D; makanan lain seperti telur dan makanan fortifikasi hanya mempunyai sedikit jumlah vitamin D. Vitamin D yang mencukupi juga membantu dalam penyerapan kalsium dan fosforus iaitu sebanyak 30%-40% dan 80% 1.

Manfaat Kesihatan

1. Kesihatan tulang

Vitamin D memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Ia membantu badan untuk menyerap kalsium dan mengawal tahap fosforus dalam darah. Selain itu, vitamin D juga dapat meningkatkan kekuatan otot, serta menghalang risiko daripada jatuh 1.

2. Kemurungan

Pengambilan vitamin D yang mencukupi didapati dapat meningkatkan tahap serotonin di dalam sistem saraf pusat. Serotonin adalah salah satu bahan kimia (neurotransmiter) yang penting di dalam otak. Ia membantu memperbaiki dan menstabilkan emosi, serta meningkatkan kegembiraan 2.

3. Mengawal berat badan

Kajian klinikal terkini mendapati suplemen vitamin D berdos tinggi dapat mengurangkan berat badan, ukur lilit pinggang, indeks jisim badan (BMI) secara signifikan 6. Vitamin D membantu penurunan berat badan dengan mengubah penyimpanan dan pembentukan sel lemak 3.

4. Antivirus

Vitamin D meningkatkan sel imun untuk melindungi badan daripada patogen 4. Pengambilan vitamin D yang tidak mencukupi dapat meningkatkan kecenderungan untuk mendapat jangkitan pernafasan oleh virus dan bakteria 5.

Dos Harian Yang Disarankan

Dos harian vitamin D yang disarankan adalah sekitar 600 IU/hari bagi golongan dewasa, manakala bagi kanak-kanak dan remaja pula memerlukan sebanyak 400 - 600 IU/hari 3.

Rujukan:

1. Nair, R. & Maseeh, A. (2012). Vitamin D: The sunshine vitamin. Journal of Pharmacology and Pharmacotherapeutics, 3 (2): 118-126. https://doi.org/10.4103/0976-500X.95506

2. Patrick, R. P. & Ames, B. N. (2015). Vitamin D and the omega-3 fatty acids control serotonin synthesis and action, part 2: relevance for ADHD, bipolar disorder, schizophrenia and impulsive behavior. The Journal of Federation of American Societies for Experimental Biology, 29 (6): 2207-2222. https://doi.org/10.1096/fj.14-268342

3. Wood R. J. (2008). Vitamin D and adipogenesis: new molecular insights. Nutrition reviews, 66(1), 40–46. https://doi.org/10.1111/j.1753-4887.2007.00004.x

4. Rosa, M. D., Malaguarnera, M., Nicoletti, F. & Malaguarnera, L. (2011). Vitamin D3 : a helpful immuno-modulator. Immunology, 134 (2): 123-139. https://doi.org/10.1111/j.1365-2567.2011.03482.x

5. Hejazi, M. E., Modarresi-Ghazani, F. & Entezari-Maleki, T. A review of vitamin D effects on common respiratory diseases: Asthma, chronic obstructive pulmonary disease and tuberculosis. J Res Pharm Pract, 5 (1): 7-15. https://doi.org/10.4103/2279-042X.176542

6. Khosravi, Z. S., Kafeshani, M., Tavasoli, P., Zadeh, A. H., & Entezari, M. H. (2018). Effect of Vitamin D Supplementation on Weight Loss, Glycemic Indices, and Lipid Profile in Obese and Overweight Women: A Clinical Trial Study. International journal of preventive medicine, 9, 63. https://doi.org/10.4103/ijpvm.IJPVM_329_15

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0