Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Vitamin E

Benefits of Vitamin E
[zeno_font_resizer]
Vitamin E

Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak dengan aktiviti antioksidan yang tersendiri 1. Vitamin E boleh didapati dalam pelbagai makanan seperti kekacang (hazelnut, kacang tanah), biji-bijian (biji bunga matahari), minyak soya, minyak germa gandum, minyak jagung dan minyak sayuran 1.

Fakta Nutrisi

Ia wujud dalam lapan bentuk yang berbeza secara semula jadi seperti alpha-, beta-, gamma-, dan delta-tocopherol dan alpha-, beta-, gamma-, dan delta-tocotrienol yang mempunyai tahap aktiviti biologi yang berbeza-beza 1,2. Pelbagai bentuk vitamin E diserap daripada usus dan hati, dan ia dirembeskan semula hanya alpha-tocopherol dan bentuk vitamin E yang lain akan disingkirkan 1. Oleh itu, antara bentuk-bentuk tersebut, alpha- (or α-) tocopherol adalah satu-satunya bentuk yang dapat memenuhi keperluan manusia.

Manfaat Kesihatan

Imuniti

Suplemen vitamin E dilaporkan dapat meningkatkan tindak balas humoral dan memberi perlindungan terhadap beberapa penyakit berjangkit 3. Ciri anti-radang dan antioksidan vitamin E dapat membantu mengurangkan kesan buruk pencemaran udara. Kajian klinikal menyokong peranan vitamin E dan C dalam memodulasi kesan pencemaran udara terhadap penyakit lelah 4.

2. Kesihatan kesuburan

Vitamin E meningkatkan tindak balas endometrium pada wanita bagi mendorong kehamilan normal dan sihat 5. Ia menghalang pengeluaran spesies oksidatif reaktif (ROS) pada lelaki yang tidak subur. Kajian intervensi melaporkan suplemen vitamin E yang diambil bersama selenium atau vitamin C dapat meningkatkan kepekatan dan pergerakan sperma 6.

3. Kesihatan kulit

Ia mengurangkan tindak balas keradangan, meningkatkan kelembapan kulit dan membantu penyembuhan luka 7. Pengambilan vitamin E secara oral terbukti dapat memperbaiki simptom (seperti gatal dan lesi) dan kualiti hidup pada pesakit yang mempunyai dermatitis atopik, tambahan suplemen vitamin C turut membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV 8.

4. Degenerasi makula berkaitan usia

Kajian penyakit mata berkaitan usia (AREDS) mendapati suplemen vitamin C, E, beta-karoten, zink dan kuprum pada dos harian yang disarankan dapat mengurangkan risiko terjadinya degenerasi makula berkaitan usia (AMD) sebanyak 25% 9.

5. Kesihatan wanita

Kajian mendapati vitamin E membantu melegakan kesakitan bagi senggugut primer, mengurangkan keadaan panas dan merah di muka yang dialami oleh wanita menopaus, serta mengatasi gejala fizikal bagi wanita yang mengalami sindrom pra-haid 10,11,12.

6. Perlindungan jantung

Beberapa kajian pemerhatian mendapati bahawa pengambilan vitamin E yang tinggi adalah berkaitan dengan penurunan kadar penyakit jantung 13. Vitamin E membantu menghalang oksidasi kolesterol LDL dan mencegah pembentukan darah beku, dengan itu dapat mencegah aterosklerosis, serangan jantung atau trombosis vena dalam 14.

7. Kesihatan saraf

Ciri antioksidan vitamin E mempunyai kesan neuroprotektif dengan mencegah kematian neuron dan memperlahankan kemerosotan kognitif yang berlaku secara semula jadi semasa penuaan 15. Ia telah terbukti bahawa pengambilan vitamin E yang tinggi membantu mencegah penyakit Alzheimer, akan tetapi penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk membuktikan kesan vitamin E terhadap kesihatan otak.

Dos Harian Yang Disarankan

Dos harian yang disarankan adalah antara 15 IU hingga 1000 IU 1,16. Kebanyakan suplemen vitamin E yang berada di pasaran mengandungi 400 IU hingga 1000 IU. Tahap tertinggi pengambilan vitamin E adalah 1465 IU (lebih kurang 1000mg), dos yang melebihi tahap ini boleh menyebabkan risiko pendarahan berlebihan 17.

Rujukan:

1. National Health Institutes. 2020. Vitamin E Fact Sheet for Health Professionals. https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminE-HealthProfessional/

2. Traber, M. G., & Atkinson, J. (2007). Vitamin E, antioxidants and nothing more. Free radical biology & medicine, 43(1), 4–15. https://doi.org/10.1016/j.freeradbiomed.2007.03.024

3. Lee, G. Y., & Han, S. N. (2018). The Role of Vitamin E in Immunity. Nutrients, 10(11), 1614. https://doi.org/10.3390/nu10111614

4. McLoughlin, R. F., Berthon, B. S., Williams, E. J., & Wood, L.G. (2019) Vitamin E and Air Pollution. In: Weber P., Birringer M., Blumberg J., Eggersdorfer M., Frank J. (eds) Vitamin E in Human Health. Nutrition and Health. Humana Press, Cham. https://doi.org/10.1007/978-3-030-05315-4_27

5. Mohd Mutalip, S. S., Ab-Rahim, S., & Rajikin, M. H. (2018). Vitamin E as an Antioxidant in Female Reproductive Health. Antioxidants (Basel, Switzerland), 7(2), 22. https://doi.org/10.3390/antiox7020022

6. Ahmadi, S., Bashiri, R., Ghadiri-Anari, A., & Nadjarzadeh, A. (2016). Antioxidant supplements and semen parameters: An evidence based review. International journal of reproductive biomedicine, 14(12), 729–736. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5203687/

7. Michels, M. A. (2012). Vitamin E and Skin Health. https://lpi.oregonstate.edu/mic/health-disease/skin-health/vitamin-E

8. Jaffary, F., Faghihi, G., Mokhtarian, A., & Hosseini, S. M. (2015). Effects of oral vitamin E on treatment of atopic dermatitis: A randomized controlled trial. Journal of research in medical sciences : the official journal of Isfahan University of Medical Sciences, 20(11), 1053–1057. https://doi.org/10.4103/1735-1995.172815

9. Rasmussen, H. M., & Johnson, E. J. (2013). Nutrients for the aging eye. Clinical interventions in aging, 8, 741–748. https://doi.org/10.2147/CIA.S45399

10. Ziaei, S., Kazemnejad, A., & Zareai, M. (2007). The effect of vitamin E on hot flashes in menopausal women. Gynecologic and obstetric investigation, 64(4), 204–207. https://doi.org/10.1159/000106491

11. Dadkhah, H., Ebrahimi, E., & Fathizadeh, N. (2016). Evaluating the effects of vitamin D and vitamin E supplement on premenstrual syndrome: A randomized, double-blind, controlled trial. Iranian journal of nursing and midwifery research, 21(2), 159–164. https://doi.org/10.4103/1735-9066.178237

12. Ziaei, S., Zakeri, M., & Kazemnejad, A. (2005). A randomised controlled trial of vitamin E in the treatment of primary dysmenorrhoea. BJOG: An International Journal of Obstetrics and Gynaecology, 112(4), 466–469. doi: 10.1111/j.1471-0528.2004.00495.x

13. Stampfer, M. J., Hennekens, C. H., Manson, J. E., Colditz, G. A., Rosner, B., & Willett, W. C. (1993). Vitamin E consumption and the risk of coronary disease in women. The New England journal of medicine, 328(20), 1444–1449. https://doi.org/10.1056/NEJM199305203282003

14. Glynn, R. J., Ridker, P. M., Goldhaber, S. Z., Zee, R. Y., & Buring, J. E. (2007). Effects of random allocation to vitamin E supplementation on the occurrence of venous thromboembolism: report from the Women’s Health Study. Circulation, 116(13), 1497–1503. https://doi.org/10.1161/CIRCULATIONAHA.107.716407

15. La Fata, G., Weber, P., & Mohajeri, M. H. (2014). Effects of vitamin E on cognitive performance during ageing and in Alzheimer’s disease. Nutrients, 6(12), 5453–5472. https://doi.org/10.3390/nu6125453

16. American Heart Association. (2004). High Doses Of Vitamin E Supplements Do More Harm Than Good. Retrieved from: https://www.sciencedaily.com/releases/2004/11/041116233312.htm

17. Harvard Chan. Vitamin E. Retrieved from: https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-e/

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0