Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Allium sativum (Bawang putih)

Benefits of garlic
[zeno_font_resizer]
Allium sativum (Bawang putih)

Allium sativum, juga dikenali sebagai bawang putih, merupakan tumbuhan semusim yang berasal dari Asia Tengah. Bawang putih ditanam dan digunakan di seluruh dunia sebagai bahan masakan, sayur-sayuran, jeruk dan juga cutni. Allium sativum juga merupakan tanaman tertua yang digunakan dalam perubatan tradisional selama 4000 tahun dan ianya banyak digunakan sebagai bahan kajian 1. Dalam perubatan tradisional Ayurveda, Cina, Islam dan Mesir kuno, bawang putih didapati berkesan dalam merawat masalah jantung, paru-paru, demam selsema, gigitan serangga, jangkitan cacing, luka dan juga tumor 1.

Fakta Nutrisi

Allium sativum atau bawang putih mengandungi pelbagai komposisi nutrien termasuk 17 asid amino, lebih daripada 33 kompaun organosulfur (OSCs), 8 mineral (kalsium, kalium, magnesium, germanium, selenium, kuprum, zink dan zat besi), vitamin (A, B1, B2, B3, B6, B12, C, D, E) dan beberapa enzim (allinase) 2. Alisin merupakan komponen biologik aktif yang utama yang memberikan rasa bagi bawang putih. Antara kompaun lain yang didapati adalah diallil disulfida, alil metil sulfida, diallil trisulfida dan garlicnin 1,2.

Manfaat Kesihatan

1. Kesihatan jantung

Bawang putih terbukti memberikan kesan yang ketara terhadap tekanan darah, selain dapat mengurangkan serum kolesterol dan trigliserida, menghalang agregasi platelet dan mencegah pembentukan plak (lemak yang terkumpul) dalam arteri 3,4.

2. Imuniti

Bawang putih diperkaya dengan antioksidan, yang dapat memberi kesan terhadap sistem imun dalam melawan jangkitan bakteria dan virus 2,3,4. Ia juga mengandungi vitamin C, B6, selenium dan mangan yang baik untuk sistem imun, dan kebiasaannya digunakan dalam merawat selsema dan jangkitan yang lain.

3. Penyakit Alzheimer dan Demensia

Allium sativum mempunyai antioksidan yang kuat. Ia membantu meningkatkan memori dengan menyingkirkan radikal bebas yang disebabkan oleh kerosakan oksidatif, dan seterusnya menghalang penyakit Alzheimer dan Demensia 1,3.

4. Kanser

Kompaun bioaktif organosulfur dan alisin berupaya memberikan tindak balas antikanser. Kompaun bioaktif ini dapat menghalang pembentukan karsinogen, mengurangkan pertumbuhan sel kanser dan menggalakkan apoptosis bagi sel kanser. Kajian menunjukkan bawang putih berupaya dalam mengurangkan pertumbuhan sel kanser bagi kolon, perut, prostat dan juga esofagus 1,4.

5. Anti-kulat

Esktrak bawang putih didapati dapat mengelak pertumbuhan penyakit kulat daripada spesies Candida, Torulopsis, Trichophyton, Cryptococcus, Aspergillus, Trichosporon dan Rhodotorula 1,3,4.

6. Anti-parasit

Esktrak bawang putih, ajoene dan alisin mempunyai kesan anti-parasit terhadap spesies Entamoeba histolytica, Plasmodium falciparum, Babesia, Theleria, Trypanosoma brucei, dan Giardia lamblia 1,3.

7. Mengawal tekanan darah

Bawang putih berupaya mengawal tahap tekanan darah dan juga boleh meningkatkan sensitiviti terhadap insulin 4. Ia juga mempunyai sumber vitamin B6 dan C yang baik. Vitamin B6 berfungsi dalam metabolisma karbohidrat, manakala vitamin C berupaya dalam mengawal tekanan darah.

Rujukan:

1. Alam, M. K., Hoq, M. O., & Uddin, M. S. (2016). Medicinal plant Allium sativum: a review. Journal of Medicinal Plants Studies, 4(6), 72-79. https://www.researchgate.net/publication/342379203_Medicinal_plant_Allium_sativum_A_Review

2. Foroutan-Rad, M., Tappeh, K. H., & Khademvatan, S. (2017). Antileishmanial and immunomodulatory activity of Allium sativum (Garlic): a review. Journal of Evidence-Based Complementary & Alternative Medicine, 22, 141-155. https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/2156587215623126

3. Mikaili, P., Maadirad, S., Moloudizargari, M., Aghajanshakeri, S., & Sarahroodi, S. (2013). Therapeutic uses and pharmacological properties of garlic, shallot, and their biologically active compounds. Iranian journal of basic medical sciences, 16(10), 1031–1048. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3874089/

4. Bayan, L., Koulivand, P. H., & Gorji, A. (2014). Garlic: a review of potential therapeutic effects. Avicenna journal of phytomedicine, 4(1), 1–14. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4103721/

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0