Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Inulin

Benefits of Inulin
[zeno_font_resizer]
Inulin

Inulin adalah sejenis serat larut dan prebiotik. Ia tidak boleh dicerna atau diserap di dalam perut tetapi akan kekal di dalam usus dan merupakan sumber makanan kepada bakteria baik di dalam usus 1. Inulin adalah molekul fruktosa yang dijumpai dalam pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan herba, termasuk gandum, bawang, pisang, daun bawang, artichokes dan asparagus. Inulin yang digunakan dalam suplemen kebiasaannya berasal daripada rendaman akar chicory di dalam air panas 2.

Fakta Menarik

Kini, inulin telah digunakan secara meluas dalam makanan berfungsi di seluruh dunia untuk ciri kesihatan dan teknologi 3. Daripada suplemen kepada formula bayi, daripada minuman kepada pelbagai pastri, inulin telah muncul semakin banyak dalam kehidupan kita. Oleh kerana konsistensi yang berkrim setelah dilarutkan di dalam air, para pengilang menambahkan inulin sebagai pengganti lemak dalam marjerin dan salad dan menggantikan gula di dalam beberapa makanan berproses 4.

Manfaat Kesihatan

1. Kesihatan sistem pencernaan

  • Inulin memperlahankan pencernaan, menambahkan rasa kenyang dan mengurangkan penyerapan kolesterol apabila ia melalui saluran pencernaan 5.
  • Inulin membantu meningkatkan jumlah bakteria yang berfaedah, seperti Bifidobacteria dan Lactobacilli yang membantu meningkatkan pencernaan, imuniti dan kesihatan keseluruhan 6.

2. Sembelit

  • Kajian menunjukkan bahawa individu akan mengalami kekerapan pembuangan air besar dan peningkatan konsistensi najis. Disebabkan ini, badan dapat menyerap nutrien daripada makanan dengan lebih baik 7.

3. Kesihatan tulang

  • Inulin meningkatan penyerapan kalsium dan magnesium daripada usus dan menyumbang kepada peningkatan ketumpatan tulang 8.

4. Kawalan kadar gula dalam darah

  • Kajian menunjukkan suplemen inulin dapat mengurangkan kadar gula dalam darah bagi golongan berumur pertengahan dan warga emas 9,10.
  • Inulin memperlahankan proses pencernaan karbohidrat, membolehkan gula dilepaskan secara perlahan. Oleh itu, kadar gula tidak menaik secara mendadak selepas makan 11. Tambahan pula, kemanisan inulin adalah satu persepuluh daripada sukrosa.

5. Mengawal berat badan

  • Sebagai serat makanan, inulin tidak mengandungi sebarang kalori dan memberikan rasa kekenyangan yang boleh membantu mengurangkan selera makan dan menyebabkan inulin amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan 12.
  • Sebagai tambahan, inulin boleh mengurangkan tindak balas keradangan terhadap orang yang obes 12.
Dos Harian Yang Disarankan

Tiada dos rasmi bagi inulin. Beberapa sumber menyarankan permulaan dengan 2-3g sehari sekurang-kurangnya 1-2 minggu dan perlahan-lahan meningkatkan dos menjadi 5-10g sehari 1.

Rujukan:

1. Spritzler, F. (2020). Inulin (a prebiotic fiber): Health benefits and risks. Retrieved 27 September 2021, from https://www.medicalnewstoday.com/articles/318593

2. INULIN: Overview, Uses, Side Effects, Precautions, Interactions, Dosing and Reviews. (2021). Retrieved 27 September 2021, from https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1048/inulin

3. Niness K. R. (1999). Inulin and oligofructose: what are they?. The Journal of nutrition, 129(7 Suppl), 1402S–6S. doi: 10.1093/jn/129.7.1402S

4. Slavin J. (2013). Fiber and prebiotics: mechanisms and health benefits. Nutrients, 5(4), 1417–1435. doi: 10.3390/nu5041417

5. Shoaib, M., Shehzad, A., Omar, M., Rakha, A., Raza, H., & Sharif, H. et al. (2016). Inulin: Properties, health benefits and food applications. Carbohydrate Polymers, 147, 444-454. doi: 10.1016/j.carbpol.2016.04.020

6. Vandeputte, D., Falony, G., Vieira-Silva, S., Wang, J., Sailer, M., & Theis, S. et al. (2017). Prebiotic inulin-type fructans induce specific changes in the human gut microbiota. Gut, 66(11), 1968-1974. doi: 10.1136/gutjnl-2016-313271

7. Collado Yurrita, L., San Mauro Martín, I., Ciudad-Cabañas, M. J., Calle-Purón, M. E., & Hernández Cabria, M. (2014). Effectiveness of inulin intake on indicators of chronic constipation; a meta-analysis of controlled randomized clinical trials. Nutricion hospitalaria, 30(2), 244–252. doi: 10.3305/nh.2014.30.2.7565

8. García-Vieyra, M., Del Real, A., & López, M. (2014). Agave Fructans: Their Effect on Mineral Absorption and Bone Mineral Content. Journal Of Medicinal Food, 17(11), 1247-1255. doi: 10.1089/jmf.2013.0137

9. Cai, X., Yu, H., Liu, L., Lu, T., Li, J., Ji, Y., Le, Z., Bao, L., Ma, W., Xiao, R., & Yang, Y. (2018). Milk Powder Co-Supplemented with Inulin and Resistant Dextrin Improves Glycemic Control and Insulin Resistance in Elderly Type 2 Diabetes Mellitus: A 12-Week Randomized, Double-Blind, Placebo-Controlled Trial. Molecular nutrition & food research, 62(24), e1800865. doi: 10.1002/mnfr.201800865

10. Roshanravan, N., Mahdavi, R., Alizadeh, E., Jafarabadi, M. A., Hedayati, M., Ghavami, A., Alipour, S., Alamdari, N. M., Barati, M., & Ostadrahimi, A. (2017). Effect of Butyrate and Inulin Supplementation on Glycemic Status, Lipid Profile and Glucagon-Like Peptide 1 Level in Patients with Type 2 Diabetes: A Randomized Double-Blind, Placebo-Controlled Trial. Hormone and metabolic research = Hormon- und Stoffwechselforschung = Hormones et metabolisme, 49(11), 886–891. doi: 10.1055/s-0043-119089

 

11. Guess, N. D., Dornhorst, A., Oliver, N., & Frost, G. S. (2016). A Randomised Crossover Trial: The Effect of Inulin on Glucose Homeostasis in Subtypes of Prediabetes. Annals of nutrition & metabolism, 68(1), 26–34. doi: 10.1159/000441626

12. Perrigue, M. M., Monsivais, P., & Drewnowski, A. (2009). Added soluble fiber enhances the satiating power of low-energy-density liquid yogurts. Journal of the American Dietetic Association, 109(11), 1862–1868. doi: 10.1016/j.jada.2009.08.018

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0