Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Momordica charantia (Peria)

Benefits of bitter melon
[zeno_font_resizer]
Momordica charantia (Peria)

Momordica charantia, juga dikenali sebagai Peria, berasal dari jenis Cucurbitaceae, dan tumbuh di kawasan tropika seperti India, Malaysia, China, Thailand, Afrika Tropika dan Timur Tengah 1. Buah dan daun Momordica charantia kaya dengan fitokimia, vitamin dan mineral dan telah digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti Diabetes Mellitus Jenis 2, hipertensi (tekanan darah tinggi), obesiti, dan juga jangkitan bakteria dan virus 1.

Fakta Nutrisi

Momordica charantia kaya dengan vitamin C, vitamin A, vitamin E, vitamin B1, B2 dan B3. Ia juga kaya dengan mineral seperti kalium, kalsium, zink, magnesium, fosforus, dan zat besi 2. Sayuran pahit ini juga didapati tinggi kandungan antioksidan seperti fenol, flavanoid, isoflavon, terpen, antrakuinon, dan glucosinolat yang memiliki seribu satu manfaat untuk kesihatan manusia 3.

Manfaat Kesihatan

1. Pengawalan gula dalam darah

Momordica charantia mengandungi Polipeptida-p yang mempunyai struktur menyerupai insulin yang terbukti mampu menurunkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes 1,2.

2. Kanser

Kajian menunjukkan bahawa Momordica charantia mempunyai kesan anti-kanser dan anti-leukemia terhadap pelbagai sel kanser, termasuklah kanser hati, kanser payudara, kanser prostat dan leukimia 1,2,3.

3. Kolestrol

Momordica charantia membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL), seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar (strok) 1,2.

4. Imuniti

Sifat antibakteria dan anti-virus Momordia charantia sangat membantu untuk menguatkan imuniti badan. Antioksidan pula sangat bagus untuk sistem pertahanan badan 1,2,4.

5. Kesihatan hati

Momordica charantia menjadikan antioksidan enzim yang terdapat dalam hati bertindak dengan lebih berkesan untuk melindungi hati daripada kerosakan 2.

6. Kesihatan kulit

Momordica charantia kaya dengan antioksidan dan vitamin A dan C, iaitu nutrien penting untuk kesihatan kulit. Selain itu, sifat anti-mikrobial yang dimilikinya membantu mengatasi masalah jerawat, psoriasis, kurap dan kudis buta 4.

Rujukan:

1. Raghavan, A. K. (2015). Nutritional, pharmacological and medicinal properties of Momordica charantia. International Journal of Nutrition and Food Sciences, 4(1), 75. http://www.sciencepublishinggroup.com/journal/paperinfo?journalid=153&doi=10.11648/j.ijnfs.20150401.21

2. Saeed, F., Afzaal, M., Niaz, B., et al. (2018). Bitter melon (Momordica charantia): a natural healthy vegetable. International Journal of Food Properties, 21(1), 1270-1290. https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/10942912.2018.1446023

3. Bortolotti, M., Mercatelli, D., & Polito, L. (2019). Momordica charantia, a nutraceutical approach for inflammatory related diseases. Frontiers in Pharmacology. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31139079/

4. Grover, J. K., & Yadav, S. P. (2004). Pharmacological actions and potential uses of Momordica charantia: a review. Journal of Ethnopharmacology, 93(1), 123-132. https://doi.org/10.1016/j.jep.2004.03.035

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0