Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Vaccinium myrtillus (Bilberi)

Benefits of Bilberry
[zeno_font_resizer]
Vaccinium myrtillus (Bilberi)

Vaccinium myrtillus, juga dikenali sebagai bilberi atau blueberi Eropah, adalah tanaman daripada jenis Ericaceae, yang berasal dari Eropah utara. Buah bilberi adalah bersaiz kecil dengan diameter 5 sehingga 9mm dan berwarna biru kehitaman 1. Semasa perang dunia ke-II, juruterbang British memakan jem bilberi bagi meningkatkan penglihatan mereka pada waktu malam 2. Vaccinium myrtillus telah digunakan dalam perubatan sejak berabad yang lalu bagi merawat pelbagai keadaan termasuk cirit-birit, radang mulut, masalah kencing dan kencing manis 2.

Fakta Nutrisi

Vaccinium myrtillus mengandungi pelbagai komponen fenolik, termasuk flavonols, tannins, ellagitannins, asid fenolik dan antosianin dan komponen fenolik ini memberikan warna bilberi menjadi biru/hitam dan mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi 1. Bilberi juga kaya dengan sumber mineral. Ia mengandungi tiga makroelemen yang utama (kalsium, fosforus dan magnesium) dan tujuh mikroelemen (zat besi, barium, sodium, mangan, kuprum, strontium dan zink) 3.

Manfaat Kesihatan

1. Antioksidan

Buah Vaccinium myrtillus kaya dengan antioksidan, yang bermanfaat dalam melindungi badan daripada kerosakan dan penyakit yang berkaitan dengan tekanan oksidatif seperti penyakit kardiovaskular dan kencing manis 1.

2. Kesihatan jantung

Vaccinium myrtillus memiliki kesan antioksidan dan anti-radang yang bermanfaat untuk jantung. Antosianin dalam bilberi dapat menguatkan saluran darah dan melancarkan pengaliran darah. Antosianin juga boleh mengawal tekanan darah dengan menghalang pengecutan otot licin, meluaskan saluran darah dan mencegah pembentukan gumpalan darah 1,3.

3. Kawalan kadar gula dalam darah

Antosianin dalam Vaccinium myrtillus merangsang penghasilan insulin dan meningkatkan penggunaan glukosa oleh sel otot, membantu mengawal kadar gula dalam darah bagi golongan dewasa yang mempunyai kencing manis jenis 2 1,4.

4. Kesihatan Mata

Ekstrak Vaccinium myrtillus bermanfaat dalam meningkatkan penglihatan. Ia didapati dapat meningkatkan penglihatan pada waktu malam, melambatkan degenerasi makula berkaitan usia, mengurangkan masalah mata kering, mencegah katarak dan retinopati diabetik 1,3.

Rujukan:

1. Chu, W. K., Cheung, S., Lau, R., & Benzie, I. (2011). Bilberry (Vaccinium myrtillus L.). In I. Benzie (Eds.) et. al., Herbal Medicine: Biomolecular and Clinical Aspects. (2nd ed.). CRC Press/Taylor & Francis.

2. National Institutes of Health: Bilberry   https://www.nccih.nih.gov/health/bilberry

3. Pires, T., Caleja, C., Santos-Buelga, C., Barros, L., & Ferreira, I. (2020). Vaccinium myrtillus L. Fruits as a Novel Source of Phenolic Compounds with Health Benefits and Industrial Applications – A Review. Current pharmaceutical design26(16), 1917–1928. https://doi.org/10.2174/1381612826666200317132507

4. Kalt, W., Cassidy, A., Howard, L. R., Krikorian, R., Stull, A. J., Tremblay, F., & Zamora-Ros, R. (2020). Recent Research on the Health Benefits of Blueberries and Their Anthocyanins. Advances in nutrition (Bethesda, Md.)11(2), 224–236. https://doi.org/10.1093/advances/nmz065

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0