Enjoy free shipping on orders over RM30 for members. Valid until 29th February 2024. Register Now!

Vitamin K

Benefits of Vitamin K
[zeno_font_resizer]
Vitamin K

Vitamin K adalah nutrien larut lemak yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau yang penting untuk fungsi beberapa protein dalam badan. Vitamin K wujud secara semula jadi termasuk K1, K2, K3 dan K4, tetapi yang paling penting adalah vitamin K1 (filokuinon) dan vitamin K2 (menakuinon). Kedua-dua vitamin K1 dan K2 mempunyai fungsi yang sama, tetapi vitamin K2 diserap dengan lebih baik dan boleh disimpan lebih lama dalam badan manusia berbanding dengan vitamin K1. Badan manusia boleh menukar sebahagian daripada vitamin K1 kepada vitamin K2. Vitamin K2 didapati mempunyai 7 bentuk yang berbeza iaitu MK-4 hingga MK-10 1. Vitamin K1 dan vitamin K2 diperlukan bagi karboksilasi semua protein yang bergantung kepada vitamin K. Vitamin K berpotensi dalam merawat penyakit jantung, kanser, tulang dan juga meningkatkan kepekaan insulin 1.

Fakta Nutrisi

Vitamin K1 kebanyakannya wujud dalam kloroplas tumbuhan, seperti kale, bayam dan brokoli. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan collard mengandungi kepekatan vitamin K1 tertinggi dan menyumbang sebanyak 60% daripada jumlah pengambilan vitamin K1. Oleh itu, semakin hijau sayur-sayuran, semakin banyak vitamin K1 yang terkandung di dalamnya. Vitamin K1 juga terdapat dalam minyak tumbuhan tertentu seperti kanola, kacang soya, biji kapas dan zaitun. Vitamin K2 kebanyakannya berasal daripada bakteria, kecuali MK-4. Rantaian panjang vitamin K2 iaitu MK-7 diperoleh daripada hasil penapaian dengan menggunakan Bacillus subtillis natto dan juga terdapat pada produk berasaskan kacang soya tradisional Jepun yang dipanggil natto. Natto mengandungi sekurang-kurangnya 2.5 kali lebih banyak MK-7 berbanding dengan kandungan vitamin K1 dalam bayam 2.

Manfaat Kesihatan

1. Pembekuan darah

Vitamin K adalah penting untuk pembentukan faktor pembekuan darah. Faktor pembekuan ini bekerjasama dalam menghentikan dan memulihkan luka daripada pendarahan yang berterusan. Kekurangan vitamin K boleh mengakibatkan pendarahan dan lebam yang berlebihan 3.

2. Osteoporosis

Vitamin K2 dan vitamin D bersinergi untuk meningkatkan kualiti dan kekuatan tulang. Selain itu, vitamin K2 juga mengaktifkan osteokalsin yang mengikat kalsium dan menggalakkan pembentukan tulang, serta menjadikan tulang kurang kecenderungan untuk patah 4.

3. Kesihatan gigi

Vitamin K2 mengaktifkan osteokalsin yang merupakan salah satu protein pengawal selia utama bagi kesihatan gigi 5. Osteokalsin akan merangsang pertumbuhan dentin yang baru. Dentin adalah komponen struktur terbesar gigi manusia yang memberikan sokongan kepada enamel (penutup gigi luar yang nipis) dan mencegah kerapuhan enamel 6.

4. Kesihatan saraf

Tahap vitamin K1 yang tinggi dikaitkan dengan ingatan episodik lisan yang lebih baik 7. Kajian mendapati bahawa Vitamin K terlibat dalam penghasilan protein pada sistem saraf pusat dan mempunyai kesan neuroprotektif yang boleh mencegah kemerosotan otak dan saraf 8.

5. Kawalan kadar gula dalam darah

Kajian terbesar menunjukkan bahawa suplemen vitamin K mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 7% 9. Vitamin K2 terutamanya membantu meningkatkan kepekaan insulin dan meningkatkan penghasilan insulin 10.

6. Kesihatan jantung

Kalsifikasi vaskular adalah proses aktif yang menyebabkan penyakit kardiovaskular. Pengambilan vitamin K2 yang mencukupi didapati dapat mengurangkan risiko kerosakan vaskular kerana ia mencegah kalsium daripada melekat pada dinding saluran darah 11.

7. Kesihatan buah pinggang

Suplemen vitamin K telah terbukti dapat meningkatkan fungsi arteri renal dan mencegah perkembangan kalsifikasi arteri renal 6. Vitamin K mengaktifkan protein matrix-GLA (MGP) yang mengikat lebihan ion kalsium dan fosfat bagi mencegah kalsifikasi arteri renal 12. Ia berpotensi untuk mencegah pembentukan batu karang atau kristal di buah pinggang 13.

Dos Harian Yang Disarankan

Dos harian vitamin K yang disarankan adalah sebanyak 120 mcg/hari bagi lelaki dan 90 mcg/hari bagi wanita 14.

Rujukan:

1. DiNicolantonio, J. J., Bhutani, J. & O’Keefe, H. J. (2015). The health benefits of vitamin K. Open Heart, 2 (1): e000300. https://doi.org/10.1136/openhrt-2015-000300

2. Sarah, L. B. (2012). Vitamin K: Food composition and dietary intake. Food & Nutrition Research, 56: 5505. https://doi.org/10.3402/fnr.v56i0.5505

3. Girolami, A., Ferrari, S., Cosi, E., Santarossa, C. & Randi, M. L. (2018). Vitamin K-dependent coagulation factors that may be responsible for both bleeding and thrombosis (FII, FVII and FIX). Clin Appl Thromb Hemost, 24 (9): 42-47. https://doi.org/10.1177/1076029618811109

4. Kidd, P. M. Vitamin D and K as pleiotropic nutrients: Clinical importance to the skeletal and cardiovascular systems and preliminary evidence for synergy. Altern Med Rev, 15 (3): 199-222.

5. Shearer, M., Fu, X., & Booth, S. (2012). Vitamin K Nutrition, Metabolism, and Requirements: Current Concepts and Future Research. Advances In Nutrition, 3(2), 182-195. https://doi.org/10.3945/an.111.001800

6. Thaweboon, S., Thaweboon, B., Choonharuangdej, S., Chunhabundit, P. & Suppakpatana, P. (2005). Induction of type I collagen and osteocalcin in human dental pulp cells by retinoic acid.  Southeast Asian J Trop Med Public Health, 36 (4): 1066-1069.

7. Presse, N., Belleville, S., Gaudreau, P., Greenwood, C. E., Kergoat, M.-J., Morais, J. A. & Ferland, G. (2013). Vitamin K status and cognitive function in healthy older adults. Neurobiology of Aging, 34(12), 2777–2783. https://doi.org/10.1016/j.neurobiolaging.2013.05.031

8. Bourre, J. M. (2006). Effects of nutrients (in food) on the structure and function of the nervous system: update on dietary requirements for brain. Part 1: micronutrients. J Nutr Health Aging, 10 (5): 377-385.

9. Halder, M., Petsophonsakul, P., Akbulut, A. C., Pavlic, A., Bohan, F., Anderson, E., Maresz, K., Kramann, R. & Schurgers, L. (2019). Vitamin K: Double bonds beyond coagulation insights into differences between vitamin K1 and K2 in health and disease. Int J Mol Sci, 20 (4): 896. https://doi.org/10.3390/ijms20040896

10. Booth, S. L., Centi, A. & Smith, S.R. & Gundberg, C. (2012). The role of osteocalcin in human glucose metabolism: Marker or mediator? Nat Rev Endocrinol, 9: 43–55. https://doi.org/10.1038/nrendo.2012.201

11. Schurgers, L. J. (2013). Vitamin K: key vitamin in controlling vascular calcification in chronic kidney disease. Kidney International, 83 (5): 782-784. https://doi.org/10.1038/ki.2013.26

12. Grzejszczak, P. & Kurnatowska, I. (2021). Role of vitamin K in CKD: Is its supplementation advisable in CKD patients?. Kidney and Blood Pressure Research, 46: 523-530. https://doi.org/10.1159/000516611

13. Li, Y., Lu, X., Yang, B., Mao, J., Jiang, S., Yu, D., Pan, J., Cai, T., Yasui, T. & Gao, B. (2019). Vitamin K1 inhibition of renal crystal formation through matrix gla protein in the kidney. Kidney and Blood Pressure Research, 44: 1392-1403. https://doi.org/10.1159/000503300

14. Bruno, E. J. (2016). The prevalence of vitamin K deficiency/insufficiency and recommendations for increased intake. Journal of Human Nutrition & Food Science, 4 (1): 1077-1080.

Troli pembelian0
There are no products in the cart!
Teruskan membeli
0